Oleh Ir. Ts. Dr. Tong Yean Ghing

JEPUN – Seramai sembilan pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama seorang pensyarah telah mengikuti Sakura Invitation Program National Institute of Technology (KOSEN), Kure College, Jepun pada 19 hingga 27 Februari 2024.

Program ini dijalankan hasil hubungan kerjasama antara FKAAB, Micropollutant Research Centre(MPRC) dan Kure College.

Untuk rekod, program pertukaran pelajar Kure College ke UTHM telah diadakan selama dua tahun, yang mana pada 2022 dua pelajar Kure College telah menjalani mobiliti jangka pendek selama sebulan manakala pada September 2023, jumlah pelajar meningkat kepada 14 orang. 

Pada program timbal balik kali ini, tujuh pelajar FKAAB telah diberi peluang untuk mengikuti program tersebut.

Staf Kure College telah mengambil inisiatif dan sokongan mereka dengan memohon penajaan daripada Japan Science and Technology Agency bagi menjayakan program pertukaran pelajar FKAAB ke Kure College.

Penganjuran program itu juga merupakan salah satu aktiviti yang dirangka dalam Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTHM dan Kure College.

Pelajar-pelajar yang terlibat ialah pelajar-pelajar yang menjadi ahli jawatankuasa (buddy) semasa pelajar Kure College menjalani mobiliti di UTHM.

Objektif utama lawatan ini adalah mengukuhkan hubungan dan jaringan dua hala antara UTHM dan Kure College.

Aktiviti yang dilaksanakan termasuklah seminar dan bengkel berkaitan dengan sustainable utilization of local waste.

Selain itu, lawatan sambil belajar ke beberapa tempat di sekitar Kure College telah dijalankan termasuklah ke Yamato Museum, Hiroshima Naka Incineration Plant, Seibu Recycle Plaza, Miyajima Public Aquarium, Hiroshima Peace Meseum, Hiroshima Peace Memorial Park, Children’s Peace Monument, Hiroshima Peace Memoria dan Ondo Kaisan’s Oyster farm.

Program outbound mobility kali ini juga dapat mempromosikan dan meningkatkan keterlihatan UTHM di peringkat antarabangsa serta memberi peluang kepada pelajar dan staf FKAAB untuk berkongsi idea dan pendapat mengenai isu dan masalah bagi mengurangkan kesan sisa kepada alam sekitar.