Oleh Ahmad Haziq Ahmad Nizam

MERSING – Pusat Pengajian Diploma (PPD), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sesi 2021-2022 telah menganjurkan program “PPD Camp: ”Under Construction”  yang berlangsung pada 13 Mei 2022 hingga 15 Mei 2022 bertempat di Sanggar Srikanda Resort, Mersing, Johor.

Program anjuran Ahli Majlis Tertinggi, Persatuan Pelajar Diploma ini telah disertai seramai 51 pelajar dari pelbagai program pengajian di PPD, UTHM Kampus Cawangan Pagoh.

Program berbentuk team building yang melibatkan 41 pelajar daripada Ahli Jawatankuasa Persatuan Pelajar Diploma, sembilan fasilitator yang juga merupakan mantan Majlis Tertinggi Persatuan Pelajar Diploma diiringi penasihat persatuan, Mariam Abdul Hamid merangkap pensyarah di Jabatan Teknologi Maklumat, PPD.

Program kepimpinan ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan, latihan dan pemantapan kemahiran insaniah kepada semua peserta.

Pengisian program ini memberi keutamaan dan penekanan terhadap pengurusan masa yang berkesan, pemantapan semangat jati diri, kemahiran berinteraksi dan komunikasi serta keyakinan diri yang unggul yang merupakan kriteria asas dan penting sebagai pemimpin pelajar.

Antara aktivitinya yang telah dilaksanakan sepanjang program adalah “ice breaking, night walk,”senamrobik , spiderweb, latihan dalam kumpulan (LDK),“treasure hunt,” “puzzle” dan “heart to heart”.

Peserta turut berpeluang menyertai slot refleksi program sambil mendaki dan menikmati keindahan di Pulau Mawar bagi menguji ketahanan mental dan fizikal masing masing.  

Saya telah melihat banyak peningkatan yang telah dilakukan oleh semua peserta bermula daripada hari pertama sehinggalah hari terakhir kem ini dijalankan dan berharap momentum peningkatan ini  akan diteruskan dari semasa ke semasa,” ujar Mariam.

Sementara itu, PPD berharap penganjuran program seumpama ini mampu meningkatkan lagi kecemerlangan ahli Jawatankuasa Persatuan Pelajar Diploma UTHM 2021/2022.

Aktiviti ‘Ice breaking.’ 

Aktiviti ‘night walk’ yang dijalankan di hutan berdekatan dengan resort.

Sesi tazkirah setelah selesai solat berjemaah.