kolej kediaman

  • Konvensyen Kampus Lestari 2017

    Kolej Perwira UTHM mendominasi Konvensyen Kampus Lestari 2017

    Beriltizam untuk menjadi sebuah Kolej Lestari dan memberi sumbangan sebaiknya kepada alam sekitar, Kolej Perwira Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus berusaha gigih mengusahakan aspek kelestarian dalam segenap tindakannya. Bagi merealisasikan hasrat murni ini, seluruh peringkat merangkumi kepimpinan Kolej, barisan kepimpinan pelajar dan warga penghuni, bersama-sama berganding bahu...
  • Surau Lestari

    Surau Kolej Perwira UTHM manfaatkan air lebihan wuduk – lancar konsep Surau Lestari

    Meneruskan kesinambungan aspirasi sebagai Kolej Kediaman Karbon Rendah, Kolej Kediaman Perwira Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengorak langkah dengan melancarkan konsep Surau Lestari pada 10 Mac 2017 lalu. Konsep Surau Lestari diangkat menerusi projek inovasi pelajar yang dilhamkan setelah melihat bagaimana setiap kali wuduk diambil, air lebihan wuduk...
  • Anugerah kolej Kediaman 2016

    Anugerah Kolej Kediaman 2016 beri pengiktirafan hargai komitmen dan prestasi cemerlang

    19 Disember – Kolej Kediaman merupakan tempat penginapan pelajar yang menyediakan kemudahan dan perkhidmatan untuk kegunaan pelajar bagi meningkatkan pembangunan akademik dan pembangunan modal insan. Menyedari kepentingan Kolej Kediaman dalam pembangunan pelajar UTHM, Majlis Pengetua Kolej-Kolej Kediaman UTHM telah menganjurkan Anugerah Kolej Kediaman 2016 (AKK’16) bagi mengiktiraf dan menghargai...
  • Program Kepimpinan Harapan XIV 2016

    Program Kepimpinan Harapan XIV 2016 perkasakan Majlis Kepimpinan Pelajar Kolej Kediaman

    Bagi memperkasakan lagi Majlis Kepimpinan Pelajar (MPK) kolej-kolej kediaman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), seramai 138 orang pelajar telah menyertai Program Kepimpinan Harapan XIV 2016 (PKH XIV 2016) kali ke-14 yang berlangsung pada 17 hingga 19 November lalu bertempat di Kem Bina Negara, Ulu Sepri, Negeri Sembilan. PKH...
  • Festival Kreativiti dan Inovasi

    Kolej Perwira UTHM terus suburkan Budaya Ilmu dan Elemen 4C

    Dunia hari ini semakin mencabar apabila kebergantungan masyarakat terhadap teknologi semakin mendadak. Ini diburukkan lagi apabila budaya berhibur tanpa batasan semakin menular dan hal ini perlu diperhalusi agar budaya ilmu yang menjadi teras ketamadunan bangsa tidak terhakis. Ke arah merealisasikan fungsinya bukan hanya sebagai sebuah kolej kediaman, tetapi sebagai...
  • Derma Organ

    Kolej Perwira UTHM terajui kesedaran derma organ

    Memilih isu kesedaran derma organ sebagai subjek utama, Kolej Kediaman Perwira Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) tampil menunaikan peranannya sebagai agen pengubah masyarakat dengan penganjuran Larian Ikrar Derma Organ (LIDO) 2016 yang berlangsung pada 24 September lalu. LIDO 2016 yang telah dilancarkan dan mendapat sokongan penuh oleh Naib...
  • Kolej Perwira UTHM

    Kolej Perwira UTHM Juara Malam Warisan Bangsa

    Minggu Haluan Siswa (MHS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Semester I Sesi 2016/2017 yang melabuhkan tabir pada 3 September 2016 lalu mencatat sejarah tersendiri buat Kolej Perwira apabila pertama kali diangkat sebagai juara keseluruhan “Malam Warisan Bangsa” selepas lima tahun berturut-turut hanya sekadar berpuas hati sebagai Naib Juara....
  • Kolej Perwira UTHM

    Kolej Perwira Juara pertandingan Choral Speaking MUET My Way 2016

    Selaras dengan usaha mengukuh penguasaan para penghuni berbahasa Inggeris selain sebagai persediaan menghadapi Malaysia University English Test (MUET), Majlis Pengetua Kolej-kolej Kediaman, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) buat tahun ketiga memperkukuh jenama program MUET My Way dengan meneruskan kelangsungan penganjurannya. Memilih acara Choral Speaking dengan tema One Heart...
  • Kolej Perwira

    Kolej Perwira hargai seni budaya – anjur “Bengkel Tarian Singa – Silang Budaya”

    Kolej Perwira, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus komited dengan fungsinya sebagai pusat pembelajaran kedua iaitu merapatkan jurang polarisasi kaum menerusi penganjuran Bengkel Tarian Singa – Silang Budaya kelolaan Biro Kerohanian dan Etika, Majlis Kepimpinan Pelajar Kolej. Penganjuran bengkel ini bertujuan memberikan pengetahuan kepada para penghuni kolej berkaitan...