• anugerah sukan

    Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan UTHM 2015/2016

    Pusat Sukan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan UTHM yang berlangsung dengan penuh gemilang pada 27 November lalu bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM. Majlis yang telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Profesor Dr. Wahid Razally ini merupakan sebuah pengiktirafan dan penganugerahan buat...
  • haji kecil

    Simulasi Haji tingkatkan iltizam pelajar kerjakan ibadah pada usia muda

    BATU PAHAT – Kursus Kokurikulum Umrah dan Haji (UQD10301) Seksyen 1 di bawah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menghimpunkan seramai 346 peserta bagi menyertai Program Simulasi Haji Perdana Sekolah Menengah 2017 (SHPSEM 2017) yang berlangsung di Masjid Sultan Ibrahim, kampus induk pada...
  • mural

    450 mahasiswa UTHM sertai projek mural sempena Hari Sukarelawan Sedunia 2017

    Seramai 450 Mahasiswa UTHM terlibat menjayakan projek 20 Mural: 20 Lokasi bersempena Hari Sukarelawan Sedunia tahun 2017 pada 25 November 2017 bertempat di 20 lokasi terpilih di sekitar Parit Raja Senggarang, Batu Pahat dan Pagoh. Aktiviti melukis mural yang bertemakan kenegaraan, TN50 serta kesukarelawanan tersebut dijayakan dengan kerjasama semua...
  • young motivator

    UTHM juara Pertandingan Intervarsity Young Motivator Competition 2017

    Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Nurul Hanan Jaafar bergelar juara setelah berjaya menewaskan 10 peserta terakhir dalam Pertandingan Intervarsity Young Motivator Competition 2017 (I-MAC 2017) peringkat kebangsaan yang berlangsung pada 26 November baru-baru ini di Dewan Sultan Ibrahim, kampus induk. Penganjuran I-MAC 2017 kali ini melibatkan penyertaan...
  • strategi permata diri 2

    “Strategi Permata Diri” didik pelajar bersedia tempuh dunia pekerjaan

    Batu Pahat – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program “Strategi Permata Diri” di bawah Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) berteraskan Universiti Community Engagement bersama pihak Kolej Vokasional Segamat dan Kolej Vokasional Batu Pahat, Johor pada 18 November lalu. Program anjuran Kursus Pengurusan Diri Seksyen 1 Jabatan Kepimpinan,...
  • APIC2017-backdrop-300x140

    UTHM raih anugerah Emas 3-bintang dan anugerah Fasilitator Cemerlang di APIC 2017

    Kumpulan Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu RENAISSANCE dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Q-PPD dari Pusat Pengajian Diploma (PPD) telah merangkul Anugerah Emas tiga-Bintangdi dalam Annual Productivity Innovation Conference and Exposition 2017 (APIC 2017) menerusi Konvensyen Team Excellence Kebangsaan 2017 anjuran Perbadanan...
  • fptv

    Pelajar tahun pertama FPTV menang tiga anugerah dalam Research and Innovation Festival 2017 UTHM

    Lima orang pelajar semester satu tahun pertama Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya merangkul tiga anugerah dalam Research and Innovation Festival 2017 yang dianjurkan oleh Pejabat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi, Pengkomersilan, dan Perundingan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 22 dan...
  • rel

    Tranformasi Global Pengangkutan Rel – ICoE-Rel, UTHM terima RM1 Juta daripada KPT

    Batu Pahat – Bagi membantu proses transformasi global pengangkutan rel di Malaysia, Pusat Kecemerlangan Industri-Rel (ICoE-Rel), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menerima geran bernilai RM1 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT). Replika Cek bernilai RM1 juta tersebut telah diserahkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka...
  • mtun

    UTHM cipta rekod terbit jumlah dokumen tertinggi dalam kalangan MTUN

    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mencipta rekod tersendiri apabila berjaya menerbitkan jumlah dokumen tertinggi dalam kalangan Malaysian Technical University Network (MTUN) bagi tahun 2017. Mengikut laporan yang dibuat oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, UTHM telah menerbitkan sejumlah 1271 artikel yang terindeks dalam Scopus pada tahun ini sehingga berjaya mendahului...