UTHM universiti awam pertama anjur pertandingan Barista bertaraf antarabangsa

BATU PAHAT – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) buat kali pertama menganjurkan 5th International College Students’ Barista Championship sekali gus menjadi...
Para peserta dan urus setia pertandingan bergambar beramai-ramai

BATU PAHAT – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) buat kali pertama menganjurkan 5th International College Students’ Barista Championship sekali gus menjadi universiti awam pertama menganjurkan pertandingan yang bertaraf antarabangsa ini.

Pertandingan edisi ke-5 yang berlangsung di Dewan Mahkota Tunku Ismail, UTHM pada 25 hingga 27 November lalu ini telah menarik minat penglibatan institusi pengajian tinggi daripada negara China, United Kingdom, Indonesia, Singapura, selain Malaysia.

Terdapat dua jenis kategori yang dipertandingkan semasa berlangsungnya 5th International College Students’ Barista Championship iaitu Kategori pertama melibatkan “Espresso and Cappuccino Competition” dan kategori kedua “Signature Drink Competition.”

Menurut Dekan FPTV, Profesor Madya Ts. Dr. Abdul Rasid Abdul Razzaq anjuran kali ini telah mendapat kerjasama daripada dua organisasi yang sentiasa membangunkan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta kerjasama daripada Pelajar Ijazah Sarjana Muda Vokasional (Katering) dan Sarjana Muda Teknologi Perkhidmatan Makanan.

“Pihak kami amat berbesar hati kerana penganjuran International College Students’ Barista Championship pada kali ini mendapat kerjasama daripada Zhejiang Technical Institute of Economics (ZJTIE) dan UNESCO- UNEVOC,” katanya.

Tambahnya lagi, kejohanan Barista kali ini turut mendapat tajaan daripada pihak The Malaysian Food and Beverage Executives Association dan Eciatto.

“Pihak fakulti mendapatkan tajaan daripada pihak The Malaysian Food and Beverage Executives Association selaku juri pertandingan dan Eciatto yang menaja peralatan untuk digunakan semasa pertandingan berlangsung,” jelasnya.

Barista Championship ini juga menyaksikan peserta daripada UTHM, Muhammad Haikal Azhar dan Noor Izzati Hassan meraih pingat gangsa dalam kategori ‘Espresso & Cappuchino.’

Sementara itu, kategori ‘Best Espresso’ dirangkul oleh Ronaldo Braushi daripada Institusi City Of Glasgow College, United Kingdom. Manakala kategori ‘Best Cappuchino’ dirangkul oleh Cheng Qingqing dan kategori Best Signature Drinks pula dimenangi oleh Li Rongrong, kedua-duanya merupakan pelajar daripada ZJTIE, China.

Turut diadakan, bengkel barista yang disertai lebih 70 peserta terdiri daripada pelajar, orang awam dan staf universiti. Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini telah dijayakan oleh pihak Carffee Academy Johor Bharu. Pertandingan edisi ini juga turut dimeriahkan dengan penglibatan pelajar subjek rekabentuk industri FPTV yang mengadakan pameran serta jualan foodtruck sepanjang pertandingan berlangsung.

Majlis perasmian dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM, Profesor Ts. Dr. Ismail Abdul Rahman. Hadir sama, wakil kepada Ketua Pengarah, Jabatan Politeknik dan Pendidikan Kolej Komuniti KPM, Noor Azmi Hj. Asmawi dan Pengarah Pejabat Hubungan Luar ZETIE, Tony Zheng Gangqiang.

Categories
AntarabangsaPendidikan Teknikal Vokasional

RELATED ARTICLE