PSU pelihara sukan tradisi, anjur Kejohanan Sepak Takraw

BATU PAHAT- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Sukan Universiti (PSU) sekali lagi menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Malaysian Technical University (MTUN) & ASEAN 2019 pada 3...
4

BATU PAHAT- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Sukan Universiti (PSU) sekali lagi menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Malaysian Technical University (MTUN) & ASEAN 2019 pada 3 November lalu bertempat di Dewan Badminton UTHM bagi meneruskan usaha memelihara sukan tradisi ini.

Kejohanan ini menyaksikan regu PSTI Batam B meraih Johan manakala regu UTHM B meraih Naib Johan daripada 10 regu yang bertanding. Sementara itu, regu UTHM B dan UMP A masing-masing berjaya meraih tempat ketiga.

Kejohanan Sepak Takraw edisi ke-4 kali ini berjaya menarik penyertaan daripada pasukan antarabangsa iaitu Pasukan Sepak takraw Indonesia (PSTI) Batam dan Pasukan Sepak Takraw Singapura. Selain UTHM, pasukan daripada Universiti Teknikal Malaysia (UTEM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP) antara MTUN yang menyertai kejohanan ini.

Setiap pasukan masing-masing menghantar dua regu untuk berentap di kejohanan yang dijalankan secara liga dan diadili oleh pengadil dari Persatuan Sepak Takraw Negeri Johor (PSNJ) yang diketuai oleh Abdul Halim Mat.

Kejohanan kali ini juga mencipta kelainan tersendiri apabila penganjur mengadakan Klinik Sepak Takraw yang bertujuan melaksanakan knowledge transfer kepada murid-murid sekolah rendah bagi melahirkan lebih ramai bakat baru dalam sukan Sepak Takraw pada masa akan datang. Antara sekolah yang menyertai klinik ini ialah Sekolah Kebangsaan Seri Paya, Sekolah Kebangsaan Seri Timbul dan Sekolah Kebangsaan Seri Puleh.

Penganjuran kejohanan pada kali ini juga bertujuan menjadikan sukan sepak takraw sebagai platform dan medium untuk mengeratkan hubungan antara MTUN dan antarabangsa (ASEAN) atau “smart partnership.” Selain itu, kejohanan ini juga untuk meningkatkan perkembangan dan pembangunan pelajar serta membangunkan industri sepak takraw di Malaysia supaya lebih berkembang dan maju seiring dengan kehendak Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Tambahan lagi, kejohanan ini dikendalikan sepenuhnya oleh pelajar yang diketuai oleh pengurus pasukan Muhammad Faris Abdul Hadi dan dibantu oleh Penasihat Pasukan Sepak Takraw UTHM, Mohd Hazrin Abd Rahman.

Menurut Mohd Hazrin, kejohanan ini merupakan salah satu platform untuk meningkatkan kemahiran insaniah para mahasiswa di samping membantu memelihara sukan tradisi ini.

“Melalui kejohanan ini, kita mampu melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah selain menggalakkan lagi pengamalan budaya hidup sihat dalam kehidupan sehari-hari melalui penyertaan dalam bidang sukan,” katanya.

Tambahnya lagi, kejohanan ini juga dianjurkan bagi menyahut seruan daripada KPM iaitu ingin melahirkan “The Thinking Athlete.”

 

 

Categories
Sukan

RELATED ARTICLE