Kumpulan Akustika Irama Kabin raih Juara di Pertandingan ‘RENTAK BITARA UNPLUGGED 2019’

PERAK – Kumpulan Akustika Irama Kabin, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih gelaran Juara dalam Pertandingan ‘RENTAK BITARA UNPLUGGED 2019’ Terbuka yang berlangsung pada 18 November lalu...
Pertandingan ‘RENTAK BITARA UNPLUGGED 2019’

PERAK – Kumpulan Akustika Irama Kabin, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih gelaran Juara dalam Pertandingan ‘RENTAK BITARA UNPLUGGED 2019’ Terbuka yang berlangsung pada 18 November lalu bertempat di Dataran Cemerlang Bersama, Kampus Sultan Azlan Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) Perak.

Kumpulan Akustika Irama Kabin yang terdiri daripada enam orang pelajar ini disertai oleh Mohamad Khairil Solehin (gitar), Syafiq Haikal (cajon) dan Zharif Waqiyuddin (gambus), pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Alfonso Aloysius (vocal) dan Ferderick (sape’) pelajar dari Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP) serta Muhammad Taqiuddin (double bass) pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE). Mereka dibimbing oleh Artis Budaya Pusat Kebudayaan Universiti, Mohd Nazri Mohd Nawi.

Sebanyak enam universiti awam Malaysia telah bertanding di pertandingan akhir untuk merebut gelaran juara. Keputusan akhir juga menyaksikan UPSI meraih Naib Johan diikuti Universiti Malaya di tempat ketiga.

Penyertaan UTHM dalam pertandingan ini merupakan satu platform kepada pelajar-pelajar kejuruteraan di UTHM yang meminati bidang seni ini untuk terus berkarya selain melatih kemahiran insaniah mereka melalui latihan-latihan yang dilakukan sebelum, semasa dan selepas pertandingan.

Categories
Kesenian dan Kebudayaan

RELATED ARTICLE