Karnival MyCareer@MOE-UTHM dan Keusahawanan 2019 tarik lebih 7000 pengunjung ke UTHM

BATU PAHAT- Lebih 7000 pengunjung terdiri daripada pelajar dan individu awam hadir ke Karnival MyCareer@MOE-UTHM dan Keusahawanan 2019 bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan peluang pekerjaan yang ditawarkan. Program anjuran...
75561630_10159220121349741_1563366699879628800_o

BATU PAHAT- Lebih 7000 pengunjung terdiri daripada pelajar dan individu awam hadir ke Karnival MyCareer@MOE-UTHM dan Keusahawanan 2019 bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Program anjuran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaku penaja utama dengan kerjasama Professional Training and Education for Growing Entrepreneur (PROTÉGÉ) dan JobMalaysia ini berlangsung pada 12 hingga 13 November lalu bertempat di Dewan Sultan Ibrahim (DSI), UTHM kampus induk.

Lebih 400 peluang pekerjaan ditawarkan di karnival kali ini yang dikelolai oleh Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni, dengan penyertaan lebih kurang 60 syarikat antaranya Maybank Berhad, Celcom, UMW Holding, Onesubsea Malaysia System Sdn. Bhd., Dhaya Maju Insfrastructure (Asia) Sdn. Bhd., Kimbely-Clark Sdn. Bhd. dan pelbagai syarikat/agensi lain yang hadir menyertai karnival ini.

Majlis perasmian dan penutupan Karnival ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi KPM, Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.

Menurut Siti Hamisah, KPM berhasrat agar setiap pelajar yang telah menamatkan pengajian mampu mendapat tempat di pasaran kerja sekali gus dapat menyumbang kepakaran mereka mengikut bidang masing-masing.

“Saya juga ingin mengingatkan setiap universiti perlu memastikan lebih 80 peratus graduan mampu mendapatkan pekerjaan selepas menamatkan pengajian,” katanya.

Menurut beliau lagi bagi menjadi seorang graduan yang berkualiti, tenaga pelajar serta para pelajar perlu menerapkan konsep 4C iaitu Creativity, Critical Thinking, Collaboration dan Communication.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim selaku wakil rasmi Naib Canselor UTHM berkata universiti telah mengambil pelbagai pendekatan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan.

“Pihak UTHM telah merangka dan melaksanakan pelbagai strategi bagi melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran generik bagi membolehkan mereka marketable dan employable,” katanya.

Turut hadir ke majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM, Profesor Madya Dr. Afandi Ahmad; Ketua Sekretariat PROTÉGÉ, Hajah Norashikin Datuk Haji Ismail dan Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor, Zaini Yaacob.

 

Categories
Hubungan IndustriKeusahawananLatest News

RELATED ARTICLE