Johan Jaaffar raih dua anugerah di Majlis Hadiah Sastera Perdana Malaysia

KUALA LUMPUR – Tan Sri Johan Jaaffar yang merupakan Profesor Adjung dan Sasterawan -D- di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya meraih anugerah dalam dua kategori ketika...
JJ1 (3)

KUALA LUMPUR – Tan Sri Johan Jaaffar yang merupakan Profesor Adjung dan Sasterawan -D- di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya meraih anugerah dalam dua kategori ketika berlangsungnya Majlis Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM).

Kejayaan tersebut diraih melalui kategori Drama Terbaik berjudul “Pokok” dan Buku Autobiografi bertajuk “Jejak Seni Dari Pentas Bangsawan ke Media Prima Berhad.”

Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dalam majlis yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 26 November lalu.

Menyingkap semula kejayaan beliau dalam dunia sastera khususnya di HSPM, anugerah ini merupakan siri kejayaan kelima beliau.

Kali pertama beliau memenangi Anugerah Sastera Perdana adalah pada tahun 1986 dengan adaptasi drama dari novel “Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman” karya Anwar Ridhwan.

Kemudian disusuli kejayaan pada tahun 2003 dengan cerpennya bertajuk “Sang Politikus.”

Manakala sekitar tahun 2000, naskhah beliau bertajuk “Asia Samiah” yang diadaptasikan ke drama pula turut meraih anugerah di HSPM. Lebih membanggakan apabila novel tersebut kini dijadikan teks wajib untuk matapelajaran Kesusasteraan Melayu bagi Tingkatan Enam.

Berkat usaha dan kegigihan beliau dalam dunia sastera, kejayaan demi kejayaan direkodkan di persada negara sekali gus turut menjadi kebanggaan warga UTHM.

Seluruh warga kampus mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Johan dan berharap beliau akan terus menerbitkan karya-karyanya dan meraih kejayaan berterusan pada masa akan datang.

Categories
Anugerah, Pencapaian dan Pengiktirafan

RELATED ARTICLE