FPTV-SK Seri Bandan berkolaborasi anjur program SULAM

BATU PAHAT–Selari dengan hasrat menjadikan “Universiti Untuk Masyarakat,” Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) telah melaksanakan program khidmat masyarakat iaitu Service Learning...
IMG_7923

BATU PAHAT–Selari dengan hasrat menjadikan “Universiti Untuk Masyarakat,” Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV) telah melaksanakan program khidmat masyarakat iaitu Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) bersama pihak Sekolah Kebangsaan Seri Bandan, Olak Batu, Parit Raja.

Seramai 51 pelajar subjek Pengurusan Kokurikulum di bawah FPTV telah terlibat dalam menjayakan program tersebut bersama 83 murid di sekolah terbabit.

Program yang berlangsung pada 15 dan 16 November ini diadakan bersempena Hari Kokurikulum dan Perkhemahan Unit Beruniform. Ianya diadakan bertujuan untuk menyediakan satu platform pengalaman pendidikan berasaskan kursus berkredit yang mana pelajar FPTV dapat menyumbang khidmat kepada komuniti.

Menurut Pengarah Program, Cik Mustika Amira program SULAM yang diketengahkan adalah merangkumi pendidikan lapangan, iaitu cara-cara menjalani sesi perkhemahan dan khidmat komuniti bersama murid-murid SK Seri Bandan dalam menceriakan persekitaran sekolah mereka.

Menurut beliau lagi, penganjuran program sebegini adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan masyarakat melalui khidmat komuniti dan kesukarelawanan menggunakan kepakaran yang dimiliki oleh pelajar.

“Kami pelajar UTHM amat berterima kasih kepada pihak SK Seri Bandan yang memberikan peluang untuk bekerjasama menjayakan program Hari Kokurikulum dan Perkhemahan Unit Beruniform pada kali ini,” katanya.

Sementara itu Guru Besar SK Seri Bandan, Puan Hajah Hariza Abdul Hamid pula berkata mereka berasa amat bertuah kerana pelajar FPTV UTHM sudi berkongsi ilmu bersama murid-murid dan membantu mereka menceriakan persekitaran sekolah dengan penghasilan mural dan lanskap yang menarik.

“Kami berharap selepas ini lebih banyak program kolaboratif antara pelajar UTHM dan pihak sekolah dapat dilaksanakan bagi tujuan pembangunan akademik dan juga sahsiah diri murid-murid,” tambahnya.

 

Categories
Pendidikan Teknikal Vokasional

RELATED ARTICLE