26 pelajar IPTA di Johor terima bantuan Kasih Siswa 2019

BATU PAHAT- Seramai 26 pelajar dari negeri Johor menerima insentif bantuan menerusi Program Kasih Siswa Tahun 2019 ketika berlangsungnya satu majlis ringkas hari ini bertempat di Universiti Tun Hussein...
b

BATU PAHAT- Seramai 26 pelajar dari negeri Johor menerima insentif bantuan menerusi Program Kasih Siswa Tahun 2019 ketika berlangsungnya satu majlis ringkas hari ini bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), kampus induk.

26 pelajar tersebut terdiri daripada enam pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM), empat pelajar Politeknik Tun Syed Nasir, seorang pelajar Politeknik Sultan Ibrahim manakala selebihnya pelajar UTHM iaitu seramai 15 orang.

Program Kasih Siswa Tahun 2019 merupakan salah satu inisiatif dalam memberi insentif bantuan kepada pelajar golongan miskin bagi menampung keperluan awal pengajian di insitusi pengajian tinggi (IPTA) yang ditawarkan.

Sementara itu Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly dalam ucapannya turut  melahirkan penghargaan dan rasa terima kasih kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri atas sumbangan dan perhatian yang diberikan khususnya kepada semua pelajar IPTA di negeri Johor.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sumbangan kepada penerima insentif yang disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, YB Tuan Mohd. Khuzzan Abu Bakar.

Hadir sama Pengarah Pembangunan Negeri Johor, Abdul Halim Hamzah dan Pengarah Pusat Kemajuan Kerjaya dan Alumni, Profesor Ir. Dr. Md. Saidin Wahab selaku wakil rasmi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM.

 

Categories
Hal Ehwal PelajarSosial , Kebajikan dan Masyarakat

RELATED ARTICLE