10 pelajar Diploma UTHM sertai AgPBL di Jepun

TOKYO, JEPUN – Seramai 10 orang pelajar diploma tahun dua dari Jabatan Teknologi Maklumat (JTM), Pusat Pengajian Diploma (PPD), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyertai Program Advanced...
9

TOKYO, JEPUN – Seramai 10 orang pelajar diploma tahun dua dari Jabatan Teknologi Maklumat (JTM), Pusat Pengajian Diploma (PPD), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyertai Program Advanced Global Project Based Learning (AgPBL) yang berlangsung pada 21 hingga 30 Oktober lalu bertempat di Shibaura Institute of Technology (SIT), Tokyo, Jepun.

Program yang dikendalikan oleh Dr. Shelena Soosay Nathan ini telah dianjurkan dengan kerjasama kumpulan fokus ITEcH, JTM dan SIT.

Tema utama program ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Advance Internet of Things (AIoT) iaitu pembelajaran berasaskan projek yang mana pelajar perlu mencari masalah dan membincangkan kaedah penyelesaian serta membangunkan projek tersebut dan tema Filming (Perfileman) pula memerlukan pelajar menghasilkan video korporat yang kreatif mengenai AgPBL dengan kaedah perfileman yang profesional.

Menurut Dr. Shelena, hasil kolaborasi antara pelajar UTHM dan SIT berjaya menghasilkan berberapa sistem antaranya sistem “Ponto Bin” iaitu satu sistem pembuangan sampah bijak yang berasaskan pengumpulan ganjaran dan notifikasi pembersihan, “Auto-Ventilation” satu sistem yang membantu pesakit asma dengan mengalihkan udara berbahaya dengan pengendalian pembukaan tingkap secara automatik dan “Smart Alert” sistem notifikasi yang membantu keselamatan barang berharga.

Tambahnya lagi, kumpulan UTHM bertemakan perfileman berjaya menghasilkan dua video program AgPBL yang bertajuk “Where Wisdom be Explored” dan “Culture J X” M.

“Projek yang dihasilkan oleh pelajar UTHM turut mendapat pujian daripada Profesor Eiji Kamioka, pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Komunikasi SIT dan penasihat AgPBL SIT.

“Pada masa yang sama, panel-panel terdiri daripada pensyarah SIT dan pelajar Doktor Falsafah (PhD) yang hadir pada hari pembentangan projek turut menyatakan kepuasan mereka terhadap idea dan projek yang berjaya dilaksanakan oleh peserta dalam masa yang singkat,” katanya.

Program yang berjalan selama sembilan hari ini memberi pendedahan kepada peserta berkaitan Internet of Thing (IoT) terutama kepada peserta dari UTHM yang tiada asas dalam subjek IoT selain turut membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi mereka.

Untuk rekod, program mobiliti peringkat antarabangsa ini merupakan penyertaan buat kali pertama bagi pelajar diploma di UTHM.

Categories
Antarabangsa

RELATED ARTICLE