Penyelidik UTHM jayakan projek Sistem Bilik Kuliah Pintar di UTHM

BATU PAHAT – Sekumpulan penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai oleh Ts. Dr. Elmy Johana Mohamad dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (FKEE) berjaya menghasilkan projek...
DSC_9491

BATU PAHAT – Sekumpulan penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai oleh Ts. Dr. Elmy Johana Mohamad dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik (FKEE) berjaya menghasilkan projek Kelas Pintar (Smart Classroom) yang mampu mengurangkan penggunaan elektrik di universiti.

Rentetan kejayaan itu satu majlis pelancaran “Energy Saving Smart Classroom” telah diadakan pada 30 Oktober lalu, yang telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM, Profesor Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim.

Hasil kerjasama tiga pihak iaitu kumpulan penyelidik dari Instrumentation and Sensing Technology (InSeT), FKEE; Pusat Pembangunan dan Penyenggaraan dan Pusat Teknologi Maklumat telah berjaya menyelesaikan projek tersebut mengikut tarikh yang disasarkan.

Sistem Bilik Kuliah Pintar kali ini menyediakan bilik kuliah berasaskan IoT secara unik untuk kampus induk UTHM yang turut dilengkapi dengan sistem pengunci pintu automatik dan serta Pengesan Pergerakan Infrared (PIR) bagi memperketatkan keselamatan bilik kuliah serta sistem kawalan lampu dalaman dan luaran yang mampu mengurangkan kos tanggungan elektrik. Kedua-dua sistem ini dapat dikawal dengan menggunakan Aplikasi Telefon Pintar (Blynk).

Menurut Ketua Penyelidik Projek, Ts. Dr. Elmy Johana Mohamad projek ini juga merupakan sokongan kepada revolusi perindustrian ke-empat (IR 4.0) iaitu penggunaan teknologi IoT bersifat baharu dan lebih pintar.

“Penggunaan IoT iaitu gabungan elektronik dan internet akan memberi manfaat dalam kehidupan manusia sejajar dengan perkembangan teknologi IR 4.0,” katanya.

Sementara itu, Dr. Ruzairi dalam ucapannya berkata projek ini dapat dijadikan contoh kepada penyelidik lain kerana UTHM sentiasa inginkan projek yang dilaksanakan oleh penyelidiknya sendiri.

Untuk rekod, projek “Energy Saving Smart Classroom” ini merupakan cetusan idea dan inspirasi daripada Dr. Ruzairi bagi mengurangkan kos utiliti universiti.

Categories
Penyelidikan dan Inovasi

RELATED ARTICLE