Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa terima Anugerah Pembentang Terbaik di ICLLCMC 2019

SEREMBAN – Dr. Sarala Thulasi Palpanadan, Pensyarah Kanan dari Pusat Pengajian Bahasa (PPB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah memperolehi Anugerah Pembentang Terbaik dalam persidangan “The 1st International...
pbb1

SEREMBAN – Dr. Sarala Thulasi Palpanadan, Pensyarah Kanan dari Pusat Pengajian Bahasa (PPB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah memperolehi Anugerah Pembentang Terbaik dalam persidangan “The 1st International Conference of Language, Literature, Cultural and Mass Communication 2019″ (ICLLCMC 2019) yang berlangsung pada 19 hingga 20 Oktober lalu bertempat di Klana Resort Hotel, Seremban, Negeri Sembilan.

Persidangan ini dianjurkan oleh USA Passion Development dengan bertemakan perbincangan evolusi bahasa, kesusasteraan, kebudayaan & komunikasi massa di seluruh dunia.

Kebanyakan peserta datang daripada pelbagai universiti awam dan institusi lain yang terlibat secara aktif dalam persidangan tersebut. Penyertaan tersebut menuntut para peserta untuk  mempersembahkan karya cemerlang serta berkongsi idea-idea yang bernas semasa sesi soal jawab.

Dalam persidangan tersebut, Dr. Sarala telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Preparation of E-Portfolio as Part of Job Application Skills among Undergraduates: A Qualitative Study.”  Kertas kerja yang ditaja oleh geran Tier 1 ini disediakan dengan kerjasama tiga pensyarah lain dari PPB iaitu Profesor Madya Dr. Elizabeth M Anthony, Nurzarina Abdul Samad dan Muhammad Ashraf Omar.

Menurut Sarala, anugerah ini sememangnya menjadi penghormatan besar terutama bagi warga PPB dan UTHM serta menjadi nilai tambah kepada semua pensyarah agar sentiasa mengambil peluang dalam mana-mana persidangan yang berkaitan dengan bahasa.

“Saya berharap para pensyarah dapat mengambil bahagian dalam persidangan berkaitan bahasa pada masa akan datang untuk berkongsi idea-idea serta menerima cadangan bagi memperkasakan amalan mereka dari semasa ke semasa, sekali gus sebagai usaha mewujudkan suatu platform yang signifikan dalam arena pendidikan dunia yang akan menarik perhatian global,” katanya.

Dr. Sarala turut membawa pulang trofi dan sijil hasil kemenangan yang diraihnya di ICLLCMC 2019.

Categories
Anugerah, Pencapaian dan Pengiktirafan

RELATED ARTICLE