FESTKUM 2019 jadi medan pertaruhan penggiat seni universiti awam

Festival Kebudayaan Universiti – Universiti Awam Malaysia (FESTKUM) 2019 yang berlangsung selama dua hari di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 4 dan 5 Oktober lalu menjadi medan...
FESTKUM 2

Festival Kebudayaan Universiti – Universiti Awam Malaysia (FESTKUM) 2019 yang berlangsung selama dua hari di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 4 dan 5 Oktober lalu menjadi medan pertaruhan kepada penggiat seni universiti awam (UA) seluruh negara.

Festival yang berlangsung di Dewan Tunku Mahkota Ismail dan Dewan Terbuka kampus induk ini melibatkan penyertaan daripada 20 universiti yang mempertaruhkan bakat dan kebolehan masing-masing melalui empat kategori iaitu
Pertandingan Lagu Asli, Pertandingan Teater Pendek, Pertandingan Rentak Bitara dan Pertandingan Tarian MalaysiaKu.

Keputusan penuh penganjuran FESTKUM kali ini menyaksikan Universiti Malaya (UM) merangkul tempat pertama, diikuti Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di tempat kedua dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di tempat ketiga manakala UTHM selaku tuan rumah meraih tempat kelima daripada 20 universiti yang bertanding.

Sementara itu, Kumpulan Kebudayaan UTHM turut mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya memenangi “Tempat ketiga” dalam pertandingan Teater Pendek dan ‘Persembahan Terbaik’  serta Bassic Terbaik’ untuk pertandingan Retak Bitara.

Majlis Penutup FESTKUM yang diadakan pada 5 Oktober telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Penyelidikan Dan Antarabangsa), Profesor Dr. Mohd Cairul Iqbal Mohd Amin yang juga merupakan wakil rasmi Menteri Pendidikan Malaysia.

Untuk rekod, baru-baru ini UTHM turut berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2019 dengan membawa naskah berjudul “Tiga Leftenan Yang Tidak Di Dendang,” karya dan arahan Rosdi Abdullah, staf Pusat Kebudayaan Universiti (PBU).

 

 

 

Senarai Universiti yang memenangi pertandingan:

Anugerah Universiti
Pertandingan Lagu Asli
Johan Universiti Sains Islam Malaysia
Naib Johan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Ketiga Universiti Putra Malaysia
Busana Terbaik Universiti Sains Islam Malaysia
Persembahan Terbaik Universiti Teknologi MARA
Vokal Terbaik Universiti Putra Malaysia
Pertandingan Teater Pendek
Johan Universiti Malaya
Naib Johan Universiti Malaysia Kelantan
Ketiga Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Skrip Terbaik Universiti Malaya
Teknik Terbaik Universiti Malaysia Kelantan
Pelakon Terbaik Universiti Malaya
Pengarah Terbaik Universiti Malaya
Pertandingan Rentak Bitara
Johan Universiti Pendidikan Sultan Idris
Naib Johan Universiti Malaysia Kelantan
Ketiga Universiti Malaya
Instrumentalist Terbaik Universiti Pendidikan Sultan Idris
Drummer Terbaik Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pemain Gitar Terbaik Universiti Teknologi MARA
Pemain Bass Terbaik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Pemain Keyboard Terbaik Universiti Malaya
Vokal Terbaik Universiti Pendidikan Sultan Idris
Persembahan Terbaik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Pengaturan Terbaik Universiti Malaysia Kelantan
Pertandingan Tarian Malaysia Ku
Johan Universiti Malaysia Sarawak
Naib Johan Universiti Pendidikan Sultan Idris
Ketiga Universiti Malaya
Muzik Terbaik Universiti Malaysia Sarawak
Busana Universiti Malaya
Kreativiti Universiti Teknologi MARA
Koreografi Terbaik Universiti Malaysia Sarawak

 

Categories
Kesenian dan Kebudayaan

RELATED ARTICLE