1314 graduan terima Anugerah Naib Canselor

Batu Pahat- Seramai 1314 graduan telah menerima Anugerah Naib Canselor dalam satu majlis yang berlangsung pada 17 Oktober 2019 bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail, kampus induk bersempena konvokesyen...
DSC_7678

Batu Pahat- Seramai 1314 graduan telah menerima Anugerah Naib Canselor dalam satu majlis yang berlangsung pada 17 Oktober 2019 bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail, kampus induk bersempena konvokesyen ke-19 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly telah menyampaikan anugerah tersebut kepada para graduan yang terdiri daripada sembilan fakulti termasuk dari Pusat Pengajian Diploma.

Majlis tradisi ini dianjurkan bagi meraikan graduan sempena Konvokesyen UTHM serta ia dijadikan platform yang dinamik bagi memberi suntikan motivasi kepada graduan yang beriltizam untuk mencapai kecemerlangan akademik mereka.

Untuk rekod, graduan yang layak menerima Anugerah Naib Canselor adalah khusus kepada graduan program diploma dan sarjana muda yang memperolehi Cumulative Point Average (CPA) 3.50 dan ke atas.

Categories
Latest News

RELATED ARTICLE