UTHM sumbang kepakaran,bantu pasukan negara ke F1 in School STEM Challenge

BATU PAHAT – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi khidmat kepakaran daripada Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional (FPTV), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan (FKMP), Pusat Pengajian Bahasa (PPB)...
IMG_2277

BATU PAHAT Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerusi khidmat kepakaran daripada Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional (FPTV), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan (FKMP), Pusat Pengajian Bahasa (PPB) dan Institut Transformasi Sosial dan Pembangunan Wilayah (Transform) telah melaksanakan Program Pemindahan Ilmu (KTP) bagi persediaan pasukan TWRJ OXYURA dalam menghadapi pertandingan akhir dunia F1 in School STEM Challenge di Abu Dhabi, Emeriah Arab Bersatu pada 25 November akan datang.

Pasukan TWRJ OXYURA terdiri daripada kumpulan pelajar tingkatan dua dan empat daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bharu (SMKAJB). Pasukan ini akan menerima sokongan kepakaran dalam aspek analisis reka bentuk model kereta Formula Satu, pembangunan permodelan produk menggunakan percetakan 3D dan juga khidmat dalam pembentangan secara lisan.

Menurut Guru penasihat pasukan TWRJ OXYURA, Hazrol Fazly Husin pasukan ini merupakan salah satu wakil daripada tiga pasukan yang akan mewakili Malaysia bertanding dalam pertandingan Akhir Dunia F1 in School STEM Challenge di Abu Dhabi nanti dan ini merupakan kali yang ketiga SMKAJB berjaya ke peringkat akhir dunia sejak penglibatan dari tahun 2007 lagi.

“Kami amat bersyukur kerana UTHM sudi menyumbang kepakaran dan nasihat untuk persediaan ke pertandingan akhir dunia nanti yang akan disertai oleh 50 pasukan daripada 30 negara seluruh dunia,” katanya.

Tambahnya lagi sumbangan kepakaran daripada pihak UTHM amat penting untuk persediaan yang lebih rapi kerana syarat pertandingan berkaitan kejuruteraan pembangunan model kereta Formula Satu tersebut agak mencabar dan terperinci.

“Sumbangan kepakaran dan nasihat yang diberikan oleh pihak UTHM ini sekali gus dapat membantu mengetengahkan pelajar kami tentang ilmu kejuruteraan dan teknologi serta teknik- teknik dalam menyampaikan sesuatu pembentangan,” katanya.

Pada masa yang sama Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) HEPA FPTV, Profesor Madya Ts. Dr. Azman Hassan merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak FKMP dan PBB UTHM dalam menyalurkan kepakaran menerusi program KTP ini dan berharap agar warga kampus akan terus mendokong hasrat untuk menjadikan UTHM sebagai“Universiti untuk Masyarakat.”

Categories
Kejuruteraan Mekanikal PembuatanPendidikan Teknikal VokasionalSosial , Kebajikan dan Masyarakat

RELATED ARTICLE