KANZU Research, CREAM dan Futurise Sdn. Bhd. berkolaborasi jayakan projek MOBILISE

BATU PAHAT- KANZU Research, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama Construction Research Of Institute Malaysia (CREAM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Futurise Sdn. Bhd bersepakat menjalin...
C43I3638

BATU PAHAT- KANZU Research, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bersama Construction Research Of Institute Malaysia (CREAM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Futurise Sdn. Bhd bersepakat menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan yang melibatkan projek bertajuk A Collaborative Multi-Agency Platform for Building Resilient Communities (MOBILISE).

Bagi merealisasikan kerjasama ini, satu majlis menandatangani perjanjian (MoA) dan perjanjian persefahaman (MoU) telah diadakan pada 5 Ogos lalu bertempat di Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, kampus induk. UTHM diwakili oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, CREAM diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dato’ Ir Rohaizi Mohd Jusoh manakala Futurise Sdn. Bhd pula diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Mahadhir Aziz.

Pada tahun 2017, kumpulan penyelidikan KANZU Research: Resilient Built Environment telah menerima sebuah geran penyelidikan dari Engineering Physical Sciences Research Council (EPSRC), United Kingdom (UK). Dengan geran penyelidikan MOBILISE ini, seorang penyelidik dari CREAM telah ditaja oleh University of Salford, Manchester, UK untuk menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) di universiti tersebut dalam bidang Critical Infrastructure & Disaster Resilient selama tiga tahun.

Perjanjian kerjasama ini juga menyaksikan pihak KANZU Research, UTHM telah memberi sumbangan sebanyak RM280 ribu kepada pihak CREAM manakala CREAM pula memberikan sumbangan sebanyak RM60 ribu kepada UTHM untuk menanggung perbelanjaan dalam penyelidikan yang akan dilakukan. Kedua-dua sumbangan ini akan digunakan bagi menaja pelajar yang dipilih oleh Cream dan UTHM untuk melanjutkan pengajian peringkat Phd.

Dalam majlis tersebut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Ts. Dr. Ruzairi Abdul Rahim dalam ucapannya menyatakan bahawa penyelidik yang ditaja ini dapat mencipta dan merangka idea terhadap satu inovasi baharu yang akan menjayakan projek MOBILISE ini.

“Kita mahu seorang pemikir yang baharu dan segar bagi mencipta inovasi-inovasi baharu untuk membantu negara kita yang tercinta ini dalam menangani isu bencana,” katanya.

Tambah beliau lagi, kerjasama tiga pihak ini akan memberikan hasil yang lebih baik terhadap projek MOBILISE terutama dalam membangunkan infrastruktur digital bersepadu untuk pelbagai agensi pengurusan bencana negara mengurangkan kesan bencana alam (Disaster Risk Reduction)-DRR kepada komuniti/masyarakat Malaysia khususnya.

Pada masa yang sama, kerjasama UTHM-FUTURISE juga bakal menyaksikan usahasama dalam mengenengahkan MOBILISE Malaysia ke seluruh negara.

Hadir sama ke majlis tersebut Dekan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Sr. Dr. Mohd Lizam Mohd Diah, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan & Penerbitan) FPTP, Profesor Madya Dr. Nor Hazana Abdullah dan Ketua Penyelidik Jabatan Pengurusan Harta Tanah dan KANZU Research: Resilient Built Environment, UTHM, Sr. Dr. Noralfishah Sulaiman.

 

 

 

Categories
MoU, MoA dan LoI

RELATED ARTICLE