Penuntut UTHM peroleh tempat dalam Pertandingan “Chinese Bridge Proficiency for Foreign College Student”

KUALA LUMPUR – Dua penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Nur Najihah Burhan dan Nur Nazurah Zahar melalui panel Bahasa Mandarin, Jabatan Bahasa Antarabangsa, Pusat Pengajian Bahasa meraih...
1

KUALA LUMPUR – Dua penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Nur Najihah Burhan dan Nur Nazurah Zahar melalui panel Bahasa Mandarin, Jabatan Bahasa Antarabangsa, Pusat Pengajian Bahasa meraih hadiah saguhati ketika menyertai ONE WORLD ONE FAMILY – The Malaysian Preliminary Contest of the 18th Chinese Bridge Proficiency Competition for Foreign College Student yang berlangsung di Kong Zi Institute, Universiti Malaya pada 4 Mei lalu.

Peserta pertama, Nazurah berkongsi pendapatnya tentang “All Men Are Brothers,” selain menyanyikan lagu pop Cina bertajuk “Zhengfu” yang bermaksud menawan. Sementara itu, Najihah pula berkongsikan kisah tentang ayahnya yang menghantar beliau ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan bagaimana bahasa cina mempengaruhi pandangannya terhadap dunia. Beliau turut mempersembahkan lagu rakyat cina berjudul “Youjian Chuiyan” iaitu tentang memori indah percintaan. Pelbagai persembahan dapat disaksikan oleh peserta dari kolej dan universiti lain antaranya tarian cina, lukisan cina dan rancangan bual bicara cina secara solo.

Pertandingan Chinese Bridge Proficiency yang terbahagi kepada dua sesi iaitu pengucapan awam dan persembahan uji bakat ini merupakan pertandingan antarabangsa yang ditaja oleh HANBAN, China dan dianjurkan oleh setiap Institut Confucius di seluruh dunia. Kong Zi Institute, Universiti Malaya telah menganjurkan pusingan awal bagi peringkat kolej dan universiti di Malaysia dan seramai 25 hingga 30  peserta telah bertanding pada peringkat ini. Juri profesional yang mengadili turut memilih peserta yang terbaik untuk memasuki pusingan akhir di China. Pemenang bagi Johan dan Naib Johan akan bertanding di peringkat kebangsaan mewakili Malaysia ke China.

Walaupun kedua-dua peserta UTHM gagal untuk melayakkan diri ke peringkat akhir di China, namun usaha mereka wajar dipuji. Pihak universiti berharap usaha mereka dapat dijadikan contoh kepada para mahasiswa lain agar mempelajari bahasa asing bagi meningkatkan daya saing diri dalam kalangan masyarakat seterusnya mengharumkan lagi nama universiti di persada antarabangsa.

Categories
Hal Ehwal Pelajar

RELATED ARTICLE