Pelajar Sarjana Muda FAST bentang kertas penyelidikan di 30TH Intervarsity Biochemistry Seminar 2019

PAGOH – Lima pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) (3BWW), Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kampus cawangan...
1

PAGOH – Lima pelajar tahun tiga Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan) (3BWW), Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kampus cawangan Pagoh telah membentangkan kertas penyelidikan ketika menyertai 30th Intervarsity Biochemistry Seminar 2019 (IBS 2019) anjuran University of Nottingham Malaysia.

Seminar dengan kerjasama Malaysian Society for Biochemistry and Molecular Biology (MSBMB) yang berlangsung pada 4 Mei lalu melibatkan penyertaan 54 peserta daripada 14 universiti yang telah dan sedang menjalankan projek tahun akhir sarjana muda (PSM).

Seminar peringkat kebangsaan ini dianjurkan bertujuan menyediakan untuk membentangkan projek-projek tahun akhir program ijazah sarjana muda selain memberi peluang kepada para penyelia serta para pelajarnya untuk menjalinkan kerjasama dengan pakar-pakar yang mempunyai kaitan dalam bidang penyelidikan masing-masing.

FAST diwakili oleh tiga kumpulan melibatkan lima pelajar berdasarkan subjek elektif iaitu Pengurusan Ekosistem, Warisan Alam Semulajadi dan Sains Herba. Kelima-lima pelajar yang menyertai seminar tersebut berada di bawah seliaan Ts. Dr. Kamarul Rahim Kamarudin, pensyarah Panel Sumber Semulajadi FAST.

Tiga daripada lima tajuk yang telah dibentangkan berkait rapat dengan geran industri UTHM bertajuk “Development Of Nature Tourism Product Towards Sustainable Conservation Of Biodiversity In Pulau Tinggi, Mersing, Johor” yang diketuai oleh Dr. Muhammad Abdul Latiff Abu Bakar, juga merupakan pensyarah Panel Sumber Semulajadi FAST.

Untuk pembentangan lisan, Nur Sabrina Badrulhisham telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Genetic Diversity of Bacteria Associated with Longevity Spinach Leaves” manakala Nur Amira Shafiqa Rosli dengan kertas kerjanya bertajuk “Morphological and Molecular Species Identification of Cephalopods from Johor”.

Tiga pembentang poster pula melibatkan Muhammad Asyraff Azahar dengan tajuk “Morphological and Molecular Species Identification of Marine Fishes from Johor,” Nur Insyirah Rossaliza Yap dengan tajuk “Aquatic Insects of Sungai Kawal:  From Traditional Knowledge to Science” dan Nor Shahida Ab Rahman pula dengan tajuk “Morphological Species Identification of Sea Cucumbers from Pulau Tinggi, Johor”.

 Pihak fakulti berharap agar penyertaan para pelajar program sarjana muda UTHM di peringkat kebangsaan seperti ini dapat dituruti oleh pelajar lain pada tahun-tahun akan datang sekali gus sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan visibiliti dan nama baik UTHM.

Selain itu, penyertaan pelajar dalam pembentangan ini diharap dapat meningkatkan lagi kemahiran komunikasi mereka sebelum bergraduasi sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan.

Categories
AkademikSains Gunaan dan Teknologi

RELATED ARTICLE