FAST UTHM jalin kerjasama dengan Glenville State College, Amerika Syarikat

AMERIKA SYARIKAT – Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU)  dengan Glenville State College (GSC), West Virginia, Amerika Syarikat...
5

AMERIKA SYARIKAT – Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU)  dengan Glenville State College (GSC), West Virginia, Amerika Syarikat pada 26 April lalu bagi menjalin kerjasama dalam bidang akademik dan penyelidikan untuk manfaat bersama.

Dalam majlis ringkas tersebut, UTHM diwakili oleh Ketua Jabatan Teknologi dan Sumber Semulajadi, FAST, Profesor Madya. Dr. Alona Cuevas Linatoc ketika beliau menghadiri lawatan kerja selama lima hari di GSC pada 22 hingga 26 April lalu.

Untuk rekod, kerjasama antara UTHM dan GSC telah bermula pada September 2016 lalu apabila para pelajarnya mula mendaftar kursus Biodiversiti Global dan Perubahan Alam Sekitar (BWJ30503) UTHM dan Hutan Ekologi (NRMT 2010) GSC. Pelajar-pelajar terbabit perlu menyiapkan satu semester penuh kelas dalam talian melalui Pembelajaran Antarabangsa Online (COIL) yang dianjurkan oleh GSC.

Pelajar UTHM dan GSC wajib menyempurnakan 11 modul pembelajaran dalam talian di bawah pengawasan Dr. Rico M. Gazal dari kolej tersebut dan diikuti dengan kelas COIL yang lain pada semester kedua 2016/2017.

Di bawah MoU yang melibatkan jangka masa lima tahun ini, mobiliti pelajar dan staf antara UTHM dan GSC juga akan dilaksanakan mengikut perancangan manakala pembelajaran secara dalam talian melalui kelas COIL tetap akan diteruskan pada Semester 1 2019/2020, September 2019.

Dalam lawatan kerja tersebut, Alona turut berkesempatan menyampaikan empat ceramah melibatkan tajuk “Pengurusan Hutan di Malaysia,” “Kapasiti Penyerapan Karbon Tumbuhan Tropika,” “Mengekalkan Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan dalam Era Revolusi Perindustrian ke-4,” dan “Peralihan Ekosisiologi Perubahan Tanah-Penggunaan dari Hutan ke Perladangan Monocrop-Kesan Pelepasan Sebatian Organik Meruap di Kimia Atmosfera – Kajian Kes di Asia Tenggara.”

Selain itu, Alona juga mengikuti beberapa aktiviti yang diadakan oleh GSC seperti dendrology walk iaitu pengenalpastian pokok di hutan sederhana, penebangan pokok di bawah Program Teknologi Hutan, pembakaran yang ditetapkan (hutan sederhana) serta turut melawat empangan sambil menyantuni penduduk setempat.

Ketika di sana beliau juga turut dilantik sebagai juri semasa berlangsungnya program Pioneer Showcase iaitu simposium tahunan anjuran GSC yang bertujuan  membentangkan hasil projek dan penyelidikan para pelajar.

Categories
Sains Gunaan dan Teknologi

RELATED ARTICLE