Pusat Pengajian Diploma UTHM rangkul lima pingat di ICompEx 2019

JITRA – Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya merangkul lima pingat di “National Innovation and Invention Competition through Exhibition” (iCompEx 2019) yang berlangsung pada...
crop_icompex

JITRA – Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya merangkul lima pingat di “National Innovation and Invention Competition through Exhibition” (iCompEx 2019) yang berlangsung pada 19 hingga 21 Mac 2019 lalu di Dewan Wawasan, Jitra Kedah.

Pertandingan ini menyaksikan Pusat Pengajian Diploma berjaya meraih dua pingat emas, satu perak dan dua gangsa daripada lima penyertaan yang telah dihantar. Lebih membanggakan, produk Food Waste Composter Machine berjaya mendapat tempat ketiga bagi Kategori C (Mesin, Peralatan dan Proses Pengilangan) dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM300.

Pertandingan ini diadakan bertujuan untuk mengetengahkan hasil penyelidikan kepada orang ramai dan sebagai satu usaha berterusan menghasilkan inovasi dan penciptaan baharu. Penganjuran kali ketujuh  melibatkan sembilan kategori ini telah menarik minat hampir 600 penyertaan dari pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta, politeknik, kolej komuniti, kolej vokasional, Maktab Rendah Sains MARA, sekolah kebangsaan dan beberapa institiusi pendidikan yang lain.

Berikut merupakan keputusan penuh pertandingan iCompEx 2019:

Nama Projek Ahli Anugerah
FOOD WASTE COMPOSTER MACHINE Muhammad Qusyairi bin Abdul Rahman,

Prof Madya Dr Noor Yasmin binti Zainun,

Prof Madya Dr Munzilah binti Md Rohani,

Ghazali bin Kadis,

Saifullizan bin Mohd Bukari,

Harris Azrai Safian bin Hashim,

Ahnaf Fahim bin Asyraf

EMAS dan

TEMPAT KETIGA KATEGORI C

INDUSTRIAL TRAINING ASSESSMENT SYSTEM (ITAS) 2.0 Ts. Rafizah binti Mohd Hanifa,

Shamsul bin Mohamad,

Fawwaz bin Mohd Nasir,

Muhammad Firdaus bin Kamarudin

EMAS
JOM JELAJAH SEMENANJUNG Ts. Rafizah binti Mohd Hanifa,

Siti Zaimira binti Zazyawi,

Siti Noor binti Abdul Samat,

Wan Nurfarisha binti Wan Omar,

Shamsul bin Mohamad

PERAK
ECO-FRIENDLY ACOUSTIC PANEL USING GRATED COCONUT Mardiha Mokhtar,

Muhamad Fairuz Nadzmie Badrul Azman,

Muhamad Syamil Sabri,

Muhammad Ishraf Mohd ‘Ashri,

Mohd Erwan Sanik,

Nor Baizura Hamid,

Aslila Abd.Kadir

GANGSA
MANGO FRUIT PICKER Ahmad Faiz bin Mat Zin

Mohd Shahir bin Yahya

Nur Nabilah binti Borhan

Nur Anis Nabilah binti Ab Latib

Nurul Amanina binti Hadi

GANGSA

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua kumpulan penyelidik dan inovasi yang berjaya mencapai kejayaan cemerlang di iCompEx 2019.

Categories
Anugerah, Pencapaian dan Pengiktirafan

RELATED ARTICLE