KUALA LUMPUR – Lima pelajar dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih tujuh pingat melalui lima penyertaan Projek Sarjana Muda (PSM) di Built Environment Undergraduate Research Competition (BEURC 2019) anjuran Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya yang berlangsung pada 4 April 2019 lalu.

Mereka yang terdiri daripada Syahirah Ishak, Norfariza Shafie, Nor Izlyin Amani Azlan, Fatin Aimi Amir Hamzah dan Norohayu Mohamad@Fuad ini merupakan pelajar tahun empat, program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Perkhidmatan Bangunan). Dalam pertandingan itu, mereka berjaya meraih tiga pingat emas, dua gangsa dan dua pingat khas setelah bekerja keras menyiapkan poster serta bahan lain untuk pembentangan hasil kajian.

Kelima-lima mereka mempertandingkan kajian ilmiah yang memfokuskan kepada pembangunan teknologi kejuruteraan. Lebih membanggakan salah seorang pelajarnya iaitu Syahirah Ishak berjaya membolot tiga pingat sekali gus merangkul Outstanding Undergraduate Award dan Excellence Research Award melalui kajian sisa polisterin (EPS) sebagai bahan penebat bunyi dan haba melalui tajuk kajian Development of Expanded Polystyrene (EPS) Waste for Sound and Thermal Properties di bawah seliaan pensyarah, Kamarul Aini Mohd Sari.

Untuk rekod, pertandingan ini terbahagi kepada empat tema iaitu Building Control and Surveying, Architecture and Planning, Facilities Management and Real Estate dan Engineering and Construction Technology dan turut terbuka kepada semua pelajar program sarjana muda institut pengajian tinggi (IPT) di dalam  dan luar negara yang mengikuti kursus Alam Bina.

Dekan FTK, Profesor Madya Ts. Hj. Amran Mohd Zaid berkata penyertaan pertandingan sebegini amat penting bagi mengetengahkan pontensi pelajar melalui pembentukan dan pembangunan kemahiran psikomotor, komunikasi serta sahsiah diri pelajar.

“Pihak fakulti berharap kejayaan seumpama ini mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar UTHM yang lain untuk turut mencipta kecemerlangan bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk universiti juga,” katanya.

 

Tajuk-tajuk Projek Sarjana Muda yang dipertandingkan di BEURC 2019.

Tajuk PSM Pelajar & Pensyarah Kemenangan
Development of Expanded Polystyrene (EPS) Waste for Sound and Thermal Properties Syahirah binti Ishak, Kamarul Aini Binti Mohd Sari & Fatimah binti Mohamed Yusop (i)       Pingat Emas

(ii)     Excellence Research Award

(iii)   Outstanding Undergraduate Award

Development of Assessment Building Using Mobile Application at Tun Syed Nasir Residential College, UTHM Norfariza binti Shafie, Abd Sukor bin Sarif & Mohammad Ashraf bin Abdul Rahman

 

Pingat Emas
A Study on UTHM Student Consciousness About Fires in Pagoh Residential College Nor Izlyin Amani Binti Azlan, Mariah Binti Awang & Mohd Fahmi Bin Abdul Rahman Pingat Emas
Development of Stair aid Mobility to Assist the Elderly to Climb Stairs Fatin Aimi Binti Amir Hamzah, Nurdalila Binti Saji & Mohd Arif Bin Rosli Pingat Gangsa
A Product Development on Grease Trap Kitchen Sink for Residential Use Norohayu binti Mohamad@Fuad, Mohd Kamaruzaman bin Musa & Mohd Syafiq Syazwan bin Mustafa Pingat Gangsa