Kumpulan Fokus iCAN, UTHM bantu masyarakat tingkat kemahiran teknologi maklumat

SIMPANG RENGGAM,14 April – Bagi memupuk hubungan integrasi erat Universiti-Masyarakat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui  Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) menyertai satu program pemindahan ilmu...
4

SIMPANG RENGGAM,14 April – Bagi memupuk hubungan integrasi erat Universiti-Masyarakat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui  Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) menyertai satu program pemindahan ilmu Kumpulan Fokus iCAN (ICT as Enabler) anjuran Pejabat Parlimen Simpang Renggam dengan kerjasama Kolej Komuniti Kluang.

Dalam usaha meningkatkan kemahiran teknologi maklumat dalam kalangan masyarakat, lima ahli Kumpulan Fokus iCAN iaitu Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni CeDS, Mariam Abdul Hamid;  Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Mohd Hatta Mohamed Ali@Md Hani; Ketua Kumpulan Fokus iCAN, Muhamad Hanif Jofri; Ida Aryanie Bahrudin dan Mohd Suhaimi Md Yasin telah mengendalikan Kursus Asas Microsoft Word bersempena berlangsungnya Majlis Perasmian Program Pembelajaran Hayat dan Pengoperasian Premis Sementara Kolej Komuniti Simpang Renggam.

Kursus yang diadakan di Pusat Kegiatan Guru ini disertai oleh ketua-ketua kampung, ketua-ketua masyarakat serta warga penduduk sekitar Simpang Renggam. Pendekatan tunjuk ajar dan demonstrasi dalam kelompok kecil membolehkan para peserta mendapat bantuan kemahiran dengan lebih cepat dan mudah.

Kursus ini diserikan lagi dengan kehadiran Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik merangkap Ahli Parlimen Simpang Renggam sekali gus beliau menyempurnakan Majlis Perasmian Program Pembelajaran Hayat dan Pengoperasian Premis Sementara Kolej Komuniti Simpang Renggam.

Beliau dalam ucapannya menyeru kepada ketua-ketua kampung dan ketua-ketua masyarakat untuk memiliki kemahiran teknologi maklumat dan pengurusan untuk memudahkan urusan pentadbiran selain menyarankan budaya pembelajaran sepanjang hayat diterapkan dalam komuniti.

Categories
Sosial , Kebajikan dan Masyarakat

RELATED ARTICLE