UTHM prihatin bantu mangsa pencemaran Sungai Kim Kim

PASIR GUDANG, 19 Mac – Sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk Pasir Gudang yang terkesan akibat pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Universiti Tun Hussein Onn...

1PASIR GUDANG, 19 Mac – Sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk Pasir Gudang yang terkesan akibat pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menghantar wakil ke Bilik Gerakan Bencana, Stadium Perbandaran Pasir Gudang bagi menyampaikan sumbangan.

Antara barangan yang disumbang adalah susu segar, biskut, roti, air minuman serta topeng muka.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Biro Kebajikan, Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas (PENTAS) UTHM, Ezuan Jamil yang mewakili majlis Wakil Pekerja UTHM.

sumbangan pasir gudangProjek ini adalah di bawah kelolaan Kluster Prihatin Ummah, Kempen Sayangi UTHM yang diketuai oleh Norhakim Mohd Ismon.

“Sumbangan ini sedikit sebanyak diharapkan dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa pencemaran serta petugas sukarelawan yang melaksanakan tanggungjawab di sana,” kata Ezuan.

Pada 7 Mac lalu negara dikejutkan dengan insiden pelajar dan kakitangan sebuah sekolah di Pasir Gudang mengadu kesukaran bernafas, mual, muntah dan bau yang tidak menyenangkan. Insiden tersebut berlarutan di beberapa buah sekolah sehinggalah Kementerian Pendidikan Malaysia terpaksa mengarahkan 111 sekolah di Pasir Gudang ditutup susulan pencemaran sisa kimia tersebut.

Setakat hari ini tiada kes kematian dilaporkan dan negara dikhabarkan kerja-kerja pembersihan sungai menggunakan jentera sepanjang 1500 meter telah selesai dijalankan.

Categories
Sosial , Kebajikan dan Masyarakat

RELATED ARTICLE