Sumbangan serendah RM1 biayai ‘Roti Kasih Sayang TEMAN’ anjuran FPTP

Jabatan Pengurusan dan Teknologi, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),Kelab TEMAN dengan kerjasama Mobile Fiesta Management buat julung-julung kalinya menganjurkan Program ‘Roti Kasih...
7

4Jabatan Pengurusan dan Teknologi, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),Kelab TEMAN dengan kerjasama Mobile Fiesta Management buat julung-julung kalinya menganjurkan Program ‘Roti Kasih Sayang TEMAN’ yang berlangsung pada  11 dan 12 Mac lalu bertempat di perkarangan fakulti tersebut.

Program ini menyasarkan komuniti dan masyarakat luar sebagai penderma serendah RM1 dan para pelajar UTHM sebagai entiti yang menerima sebuku roti secara percuma.

Program ini diadakan bertujuan untuk membudayakan amalan bersedekah dalam kalangan masyarakat khusus untuk pelajar yang sedang berjihad ilmu dan kurang berkemampuan. Di samping itu program ini juga dilaksanakan untuk menggalakkan pelajar-pelajar UTHM berkunjung ke FPTP bagi memeriahkan aktiviti keusahawanan yang dijalankan selain sebagai usaha menambahbaik kemahiran kepimpinan dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pemimpin kelab pelajar.

2Penasihat kelab pelajar TEMAN, Puan Anim Zalina Azizan berkata kata-kata motivasi seperti ‘the more we give, the more we get’ atau ‘tidak akan papa kedana bagi orang-orang yang bersedekah’ seharusnya diterapkan kepada semua lapisan masyarakat termasuklah pelajar itu sendiri.

Katanya berkongsi rezeki sesama pelajar akan lebih melahirkan rasa keinsafan dalam diri.

“Oleh kerana itu saya dan ahli Jabatan Pengurusan dan Teknologi yang terdiri daripada semua pensyarah bergabung idea dan tenaga bersama Ketua Pegawai Eksekutif Mobile Fiesta Management, Tuan Muhammad Rizaki Sarimin berusaha untuk menjalankan program murni ini.”

“Kami jadikan ia sebagai aktiviti kelab pelajar iaitu TEMAN sebagai platform untuk bergerak kerana mereka lebih rapat dan kenal dalam kalangan rakan-rakan mereka yang benar-benar memerlukan bantuan makanan,” tambahnya lagi.

5Justeru itu, sumbangan orang ramai amatlah diperlukan untuk meneruskan kelangsungan program roti percuma ini. Penderma boleh membuat sumbangan ikhlas terus ke akaun BSN 0212629000197475 (Muhammad Hazim Amat).

“Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat yang berpanjangan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung,” katanya mengakhiri temubual.

Sebarang kemusykilan boleh berhubung terus dengan :

Luqman www.wasap.my/+60177895981

atau Nasuha www.wasap.my/+60122586564

Categories
Pengurusan Teknologi Perniagaan

RELATED ARTICLE