STEM UTHM raih emas di Malaysian Technology Expo 2019

BATU PAHAT – Pasukan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya merangkul pingat emas di STEM Mentor-Mentee Awards 2019 bersempena penganjuran Malaysian...
stem 1

stem 4BATU PAHAT – Pasukan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya merangkul pingat emas di STEM Mentor-Mentee Awards 2019 bersempena penganjuran Malaysian Technology Expo (MTE) 2019 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Februari lalu.

MTE 2019 yang berlangsung di Putra World Trade Center (PWTC), Kuala Lumpur ini berjaya menghimpunkan pelbagai pihak yang berpayungkan minat, misi serta visi yang sama dalam mempromosikan STEM di segenap lapisan masyarakat.

MTE 2019 diwakili oleh Dekan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Profesor Madya Dr. Mohd Kamarulzaki Mustafa bersama Dr. Furzani Pa’ee serta Dr. Jabbar Al-Fattah Yahaya dan Dr. Ain Nazari dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE).

Projek-projek STEM UTHM yang telah dipertandingkan merangkumi hasil kerja perundingan dan aktiviti Mentor-Mentee bersama sekolah-sekolah di daerah Batu Pahat dan Muar, Johor.

stem 2Hasil sokongan yang diberikan oleh kesemua fakulti di UTHM, seramai 250 orang pelajar UTHM telah dilantik sebagai mentor kepada kira-kira 700 orang pelajar sekolah selain penglibatan beberapa pensyarah yang bertindak sebagai fasilitator untuk projek Mentor-Mentee ini.

Ketika di ruang pameran, UTHM telah mempamerkan hasil kerja STEM mereka melalui empat poster yang telah direka iaitu modul robotik, demonstrasi rekaan robot, sisipan akhbar dan pembentangan Powerpoint. Penerangan dan pembentangan yang dilakukan oleh kesemua wakil UTHM ini telah berjaya menawan hati juri sekali gus mendorong mereka untuk berkongsi isu semasa berkaitan STEM serta tips and tricks dalam mengajar subjek Matematik kepada pelajar sekolah.

Sementara itu Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, YB Isnaraissah Munirah Majilis hadir menyempurnakan sesi penyampaian hadiah yang diadakan pada 23 Februari. Hadir sama ke sesi tersebut, Pengerusi National STEM Movement, Dato’ Noraini Idris.

Terdahulu, dalam usaha mempromosi STEM kepada masyarakat UTHM telah mengambil langkah proaktif dengan menubuhkan Jawatankuasa Inisiatif STEM UTHM pada tahun 2017 yang dipimpini oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Ismail Abdul Rahman. Manakala Profesor Madya Dr. Mohd Kamarulzaki pula dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Urus Setia dan dibantu oleh Dr. Furzani selaku setiausaha. Selain itu, jawatankuasa tersebut juga turut disertai oleh 11 orang penyelaras STEM daripada setiap pusat tanggungjawab di universiti ini. Selain itu, Pejabat Hubungan Universiti dan Masyarakat (PHUM) juga turut menyertai jawatankuasa ini dalam menyelaraskan segala aktiviti STEM secara inbound dan outbound.

Categories
Anugerah, Pencapaian dan Pengiktirafan

RELATED ARTICLE