Pusat Pengajian Bahasa anjur Bengkel Pemurnian Kurikulum

Bagi memastikan kandungan silibus dan juga penilaian kursus yang diajar selari bagi setiap kursus, Pusat Pengajian Bahasa (PPB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Kurikulum...
1

2Bagi memastikan kandungan silibus dan juga penilaian kursus yang diajar selari bagi setiap kursus, Pusat Pengajian Bahasa (PPB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Kurikulum pada 14 Februari lalu.

Bengkel yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Outcome Based Education (OBE) yang berlangsung selama satu hari ini melibatkan staf seramai 19 orang yang terdiri daripada ahli jawatankuasa OBE dan penyelaras kursus yang ditawarkan oleh PPB di bawah Jabatan Bahasa Antarabangsa dan Jabatan Bahasa Inggeris.

Menurut penyelaras program, Siti Hajar Bidin bengkel yang diadakan pertama kali ini bertujuan untuk memastikan kandungan silibus dan juga penilaian kursus yang diajar selari bagi setiap kursus. Ia juga membolehkan semua penyelaras berbincang untuk memurnikan silibus, Prosedur Perlaksanaan Kuliah (RPP 04), Jadual Penentu Ujian (JPU) dan Continuous Quality Improvement (CQI) bagi kursus masing-masing agar memenuhi kehendak dan keperluan universiti serta mengikut format yang ditetapkan.

Di akhir bengkel ini, proses semakan semula semua dokumen berkaitan RPP 04 telah dilakukan oleh AJK OBE yang dilantik. Secara tidak langsung bengkel ini berupaya memberi peluang kepada penyelaras kursus yang baharu untuk mempelajari cara-cara menghasilkan JPU, melaksanakan CQI serta menghasilkan fail kualiti akademik yang baik.

“Bengkel seumpama ini dilihat sebagai sangat penting terutamanya dalam menyalurkan dan menyelaraskan maklumat kepada staf akademik yang terlibat.

“Semoga perkongsian yang telah disampaikan dapat dimanfaatkan oleh semua peserta bengkel dan pihak kami berharap bengkel seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sekiranya terdapat keperluan dari segi perubahan semasa dan permintaan penyelaras yang bertanggungjawab mengendalikan kursus,” tambah Siti Hajar.

Categories
Akademik

RELATED ARTICLE