FKAAS bantu gotong royong perdana SK Convent Batu Pahat

BATU PAHAT – Jabatan Kejuruteraan Bangunan dan Pembinaan (JKBP) dan Jabatan Senibina dan Kejuruteraan Reka (JSKR), Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)...
crop 1

bersama ibubapaBATU PAHAT – Jabatan Kejuruteraan Bangunan dan Pembinaan (JKBP) dan Jabatan Senibina dan Kejuruteraan Reka (JSKR), Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkolaborasi dengan Sekolah Kebangsaan Convent Batu Pahat (SKCBP) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melaksanakan aktiviti gotong royong perdana di persekitaran sekolah terbabit pada 16 Mac lalu.Simen konkrit untuk pothole

Aktiviti yang melibatkan 175 sukarelawan ini berganding bahu melakukan kerja-kerja mengecat garisan kuning di lokasi-lokasi terpilih untuk tujuan keselamatan murid, menutup lubang (pothole) dengan bancuhan simen konkrit, membina struktur sinki dengan ikatan batu bata, memecah dan membersih konkrit terbiar menggunakan concrete breaker, menyenggara dan membaik pulih kerusi, bangku, pintu dan tingkap, membina dan memasang pintu di bilik wudhuk. Mereka juga turut melukis mural bertemakan ‘perpaduan Malaysia’, mengecat kotak bunga (planter box) dan pagar, serta kerja-kerja pembersihan bilik seperti kelas, makmal dan juga persekitaran sekolah.

Mengecat pagarAktiviti gotong royong yang berlangsung lebih tiga jam ini diketuai oleh Yang Di-Pertua PIBG SKCBP, Ts. Dr. Sasitharan Nagapan serta dibantu oleh Guru besar SKCBP, Hjh. Sa’ah Hj. Januri, Ketua Jabatan JKBP, Ts. Dr. Azeanita Suratkon dan Ketua Jabatan JSKR, Dr. Izudinshah Abd Wahab. Manakala sukarelawan lain terdiri daripada 30 orang guru-guru SKCBP, tiga alumni SKCBP, 50 orang ibubapa dan ahli jawatankuasa PIBG, 20 orang pensyarah/staf JKBP, tujuh pengurus/staf Kuwait Finance House serta 42 orang pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (ahli Persatuan Pelajar Awam) dan 23 pelajar architecture, FKAAS.

Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Batu Pahat, Dato’ Haji Mohd Rashid Hasnon hadir menyempurnakan majlis perasmian yang diadakan di sekolah terbabit. Dalam sesi tersebut, beliau mengecat bangku simen konkrit  dengan warna hijau sebagai sombolik menjaga persekitaran dan keceriaan sekolah tersebut. Hadir sama, Pengarah Pusat Khidmat Parlimen Batu Pahat, Khairul Fauzi Muhammad.

kerja sebelum mural siapBagi menzahirkan keprihatinan masing-masing, Pejabat Pusat Khidmat YB Dato’ Haji Mohd Rashid  Hasnon, PIBG SKCBP,  syarikat/bank di sekitar Batu Pahat, guru-guru sekolah, ibubapa serta staf UTHM juga turut menyumbang sejumlah dana, peralatan dan makanan bagi membolehkan program khidmat komuniti ini berjalan lancar.

Categories
Kejuruteraan Awam dan Alam SekitarSosial , Kebajikan dan Masyarakat

RELATED ARTICLE