K_Inovasi 2.jpgBANGI – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya merangkul empat pingat di Karnival Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 2019 yang telah berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi bermula dari 23 hingga 24 Januari 2019 lalu.

UTHM telah berjaya meraih satu pingat emas, satu perak dan dua gangsa di karnival tersebut yang mana pingat Emas tunggal diperolehi menerusi projek “Industrial Training Assessment System 2.0” yang diketuai oleh Ts. Rafizah Mohd Hanifa dan ahli penyelidik, Shamsul Mohamad, Fawwaz Mohd Nasir, Muhammad Firdaus Kamarudin dan Rosni Ramle. Selain pingat emas, projek ini juga telah berjaya menambat hati juri sehingga terpilih sebagai tempat kedua terbaik kategori Kaedah Pentaksiran /Penilaian Alternatif yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM750.00 beserta sijil penghargaan.

UTHM turut memperolehi pingat perak menerusi projek “CALReCOD: A MS Excel Based Interactive & Customisable Instructional Platform for Structural Design” yang diketuai oleh PM Siti Hawa Ruslan. Manakala pingat gangsa pula diperolehi menerusi projek “Introduction of Edu 4.0 through PoPBL for Engineering Students” yang diketuai oleh Tuan Haji Jahaya Kesot.

Sementara itu, pingat gangsa turut diperolehi melalui projek kolaborasi antara UTHM yang diwakili Dr. Norfaiza Fuad , Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan SMK Dato’ Undang Musa Al Haj dengan tajuk “Penggunaan Multivisualiser dalam Merangsang Aktiviti Pembelajaran Koperatif bagi Pembelajaran Abad ke-21.”

Kejayaan ini membuktikan bahawa staf akademik UTHM telah bersedia ke era Pendidik 4.0: Pereka Pengalaman Pembelajaran Bermakna.