Pasukan Al UTHM yang terdiri daripada enam orang pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya merangkul gelaran Juara ketika menyertai Japanese Skit Contest 2018 anjuran The Japan Foundation Kuala Lumpur yang disiarkan secara langsung melalui aplikasi Zoom pada 24 November 2018 lalu.

Dalam pertandingan tersebut, AI UTHM Team mempertaruhkan video kreatif yang bertajuk “One Day Life of AI Student in UTHM.” Pertandingan ini berjaya meraih penyertaan yang menggalakkan daripada instititusi pengajian tinggi antaranya Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Perak Malaysian-Japanese Friendship Society.

Japanese Skit Contest diadakan bertujuan untuk membantu para pelajar Malaysia meningkatkan keyakinan dan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Jepun. Bertemakan ‘AI’, setiap peserta dikehendaki menyediakan sebuah video yang memaparkan penggunaan Bahasa Jepun secara kreatif dan menarik agar mesej yang disampaikan dalam video mudah difahami.

Pusat Pengajian Bahasa yang diketuai Dekan, Dr. Zailin Shah Yusoff turut merai kemenangan AI UTHM Team dengan mengadakan sesi penyampaian hadiah pada 2 Januari baru-baru ini. Majlis ringkas tersebut diadakan bagi menghargai usaha dan kerja keras yang dipamerkan oleh mereka yang turut mengikuti kursus Bahasa Jepun Tahap Dua yang ditawarkan oleh Jabatan Bahasa Antarabangsa, pusat tersebut.