UTHM menang besar – raih Anugerah Grand Prize di Seoul International Invention Fair 2018

SEOUL,KOREA SELATAN – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui projek “Direct Recycling-Hot Press Forging” oleh Dr. Nurkamilah Yusuf dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) berjaya menjadi wakil...
siif 2018

siif 2018 2SEOUL,KOREA SELATAN – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui projek “Direct Recycling-Hot Press Forging” oleh Dr. Nurkamilah Yusuf dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) berjaya menjadi wakil tungal Malaysia memperolehi anugerah Grand Prize di Seoul International Invention Fair 2018 (SIIF2018) yang berlangsung di COEX Convention Centre, Seoul Korea Selatan pada 6 hingga 9 Disember lalu.

Selain daripada anugerah tersebut, UTHM juga telah berjaya memperolehi dua pingat Emas melalui projek “3D EED Feature Extraction for Brain Balanced Index (BBI)” oleh Dr. Norfaiza Fuad dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) dan “Binary Programming Algorithm in Modelling the Malaysian Secondary School Menu Planning” oleh Dr. Suliadi Firdaus Sufahani dari Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST).

UTHM turut memperolehi dua pingat Perak dan satu pingat Gangsa melalui projek “Nondestructive Pineapple Sweetness Sensor,” “Repomix: Innovative Road Maintenance Material” dan “Facioz”.

Pameran teknologi dan inovasi yang dianjurkan oleh Korea Invention Promotion Association (KIPA) ini telah menarik penyertaan dari pelbagai negara dengan lebih 500 produk telah dipamer dan dipertandingkan.

Menurut Profesor Madya Dr. Nik Hisyamudin Muhd Nor, Pengarah Pusat Inovasi dan Pengkomersilan UTHM merangkap ketua delegasi UTHM ke sana, kejayaan ini adalah hasil sokongan berterusan daripada pihak pengurusan universiti dalam menyemarak dan memajukan lagi bidang penyelidikan dan inovasi.

Tambah beliau lagi, kejayaan ini juga membuktikan bahawa penyelidik dan inovator di UTHM khasnya dan institusi pengajian tinggi amnya bukan sahaja menjalankan penyelidikan yang bersifat “dipacu akademik” semata-mata, malah juga penyelidikan yang bersifat “dipacu pasaran/keperluan” serta berupaya mentransformasikan penyelidikan dan inovasi masing-masing kepada satu produk yang mampu menyumbang kepada industri dan masyarakat.

UTHM juga sebelum ini telah menjalankan kerjasama penyelidikan dan inovasi bersama Universitas Mercu Buana,Indonesia dan tiga projek kerjasama ini telah memenangi satu Anugerah Khas, satu pingat Emas dan satu Gangsa di SIIF2018.

“Ini membuktikan satu jaringan kerjasama antarabangsa adalah sangat penting dalam memastikan teknologi yang dihasilkan mampu dimanfaatkan oleh seramai mungkin pengguna dan memastikan penggembelingan tenaga dan kepakaran dapat dijalankan dengan lebih efisien dan mampan,” katanya.

 

Categories
Anugerah, Pencapaian dan Pengiktirafan

RELATED ARTICLE