BATU PAHAT – Lembaga Pengarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menerima lantikan dua ahli baharu dan satu lantikan semula Ahli Silih Ganti mewakili Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada November dan Disember baru-baru ini. Pelantikan ini telah dibuat oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik selaras dengan peruntukan Seksyen 17(1)(c) Perlembangan UTHM.

IsmailLantikan Ahli LPU baharu tersebut melibatkan Profesor Dato’ Ts. Dr. Mohd Ismail Abd Aziz sebagai Wakil KPM, Dr. Sharifah Adlina Syed Abdullah sebagai wakil Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan Puan Mazula Sabudin sebagai ahli silih ganti KPM.

Pelantikan Mohd Ismail sebagai ahli LPU adalah untuk tempoh tiga tahun bermula 15 Disember 2018 hingga 14 Disember 2021. Beliau kini memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dibawah kendalian KPM. Terdahulu beliau merupakan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) di Universiti Teknologi Malaysia setelah berkhidmat lebih 10 tahun dengan memegang pelbagai jawatan penting di universiti tersebut.

crop SharifahManakala Sharifah Adlina pula dilantik sebagai ahli LPU untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 November 2018 hingga 31 Oktober 2021. Pemegang Ijazah Doktor Falsafah (PhD.) Kewangan ini merupakan Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Cukai di KKM. Sebelum bertugas di jawatan tersebut, beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting yang lain antaranya seperti Timbalan Setiausaha Bahagian (Galakan Cukai dan Sektoral) KKM, Pengarah Seksyen, (Bahagian K-Ekonomi, Unit Perancang Ekonomi) Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Seksyen Bahagian Antarabangsa, KKM.

crop mazulaSementara itu, Mazula pula dilantik semula sebagai Ahli Silih Ganti LPU, mewakili KPM untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai 16 Februari 2019 hingga 15 Februari 2021. Untuk rekod, beliau yang kini bertugas sebagai Pengarah di Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, KPM sebelum ini pernah menjadi ahli silih ganti LPU mewakili kementerian yang sama selama sepenggal di universiti ini.

Naib Canselor UTHM, Profesor Ts Dr. Wahid Razzaly dan seluruh warga universiti mengucapkan syabas di atas pelantikan ini dan berharap mereka mampu menyumbang dan membawa UTHM kearah pencapaian organisasi yang lebih cemerlang.