Kumpulan Inovatif dan Kreatif Q-PPD terima penarafan Platinum di IQPC 2018

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Q-PPD dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya mendapat penarafan Platinum di International Quality & Productivity Convention 2018...
KIK Q-PPD

Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Q-PPD dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya mendapat penarafan Platinum di International Quality & Productivity Convention 2018 yang berlangsung pada 27 hingga 30 November lalu bertempat di Hotel Harmoni One, Batam, Indonesia.

Kejayaan mendapat penarafan Platinum di peringkat antarabangsa ini diperolehi menerusi projek bertajuk “Delay In Entering Students’ Industrial Training Marks.”

Konvensyen ini melibatkan 54 projek inovatif dan kreatif yang disertai oleh negara Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Pasukan Malaysia telah menghantar sebanyak 25 pasukan yang terdiri daripada pelbagai sektor awam dan swasta.

Untuk rekod, anugerah Platinum ini merupakan penarafan kedua tertinggi  pernah diperolehi Kumpulan Q-PPD sekali gus menjadi salah satu daripada lima pasukan Malaysia yang berjaya mendapat penarafan tersebut.

Kumpulan Q-PPD dianggotai oleh Ts Rafizah Mohd Hanifa selaku ketua kumpulan, Rosni Ramle, Rusnani Saji, Misbahul Munner Abd Rahman, Dr. Muhammad Sufi Roslan dan Mohd Muzaffar Zahar serta Haji Suhaimi Makminin selaku Fasilitator kumpulan.

Categories
Anugerah, Pencapaian dan Pengiktirafan

RELATED ARTICLE