5 Kumpulan Inovatif dan Kreatif UTHM raih penarafan bintang di APIC 2018

Lima Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)  berjaya meraih penarafan bintang di Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2018 yang berlangsung pada...
apic

Lima Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)  berjaya meraih penarafan bintang di Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition (APIC) 2018 yang berlangsung pada 13 hingga 15 November lalu bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC).

Dua dari lima kumpulan tersebut mendapat penarafan lima bintang melibatkan Kumpulan Mosfet dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) dan Kumpulan CereBroHub dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU) manakala tiga kumpulan lagi iaitu Kumpulan Renaissance, Synergy dan Eagle 3 yang juga dari PKU mendapat  penarafan empat bintang.

Kumpulan MOSFET dari FKEE yang mendapat penarafan lima bintang ini diperolehi menerusi projek bertajuk “Pencarian Item di Makmal secara Manual Mengambil Masa yang Lama’ sementara Kumpulan CereBroHub pula dengan tajuk projek “Proses Ambulasi Pesakit Mengambil Masa Yang Lama Dari Bangunan Yang Tinggi.” Kedua-dua kumpulan ini sekali gus tersenarai dalam 20 Kumpulan Terbaik Sektor Awam Persekutuan.

Selain itu kumpulan Eagle 3 dengan Tajuk Projek “Rawatan Fisioterapi Mengambil Masa Yang Lama” juga mendapat Johan Demonstrasi Inovasi Produk pada hari ketiga program berlangsung.

Tiga lagi kumpulan yang mewakili PKU telah berjaya meraih anugerah penarafan Emas Empat Bintang bagi projek-projek yang dijalankan iaitu Kiddy Comfy daripada Kumpulan Renaissance, Otorigator daripada Kumpulan Synergy dan Combo Exs Unit daripada Kumpulan Eagle 3.

Untuk rekod, konvensyen yang diadakan pada  tahun-tahun sebelumnya hanya memberikan Anugerah Terbaik Pencapaian Tiga Bintang kepada 10 kumpulan terbaik sahaja bagi setiap sektor yang dipertandingkan. 20 Kumpulan yang menerima Anugerah Terbaik Pencapaian lima bintang ini akan dipilih samaada ke International Convention on Quality Control Circle (ICQCC) atau International Quality Productivity Convention (IQPC) dan seterusnya ke Asia Pasific Quality Conference (APQC) ) yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Konvensyen yang berlangsung selama tiga hari ini telah menyaksikan sebanyak 305 kumpulan bertanding dalam pelbagai kategori sektor, melibatkan penyertaan seramai 2,027 peserta. Sebanyak 112 kumpulan daripada 72 agensi kerajaan yang bertanding adalah di bawah kategori Sektor Awam Persekutuan.

Konvensyen ini diadakan bertujuan bagi membolehkan peserta mempersembahkan projek menggunakan alat-alat serta teknik bersesuaian untuk dinilai oleh panel penilai di samping meningkatkan kerjasama dan memupuk kepimpinan di dalam organisasi khususnya di tempat kerja masing-masing.  Selain itu, penganjuran konvensyen ini juga bagi memberi pengiktirafan terhadap usaha-usaha cemerlang melalui penglibatan staf dalam Team Excellence.

Majlis Penutup dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Dr. Ong Kian Meng, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri (MITI).

Categories
Anugerah, Pencapaian dan PengiktirafanPenyelidikan dan Inovasi

RELATED ARTICLE