CCEF 2018 terap budaya keusahawanan – pamer 500 peluang kerjaya

BATU PAHAT – Pusat Pembangunan dan Pengembangan pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Counseling, Career and Entrepreneurship Festival 2018 (CCEF2018) bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail,...
festival kerjaya

BATU PAHAT – Pusat Pembangunan dan Pengembangan pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Counseling, Career and Entrepreneurship Festival 2018 (CCEF2018) bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail, kampus induk pada 25 dan 26 September lalu.

Program yang berlangsung selama dua hari ini diisi dengan pameran kerjaya yang melibatkan penawaran kira-kira 500 pekerjaan oleh pihak industri yang terlibat antaranya seperti Shimano, Keyence, ASM, UEM, TORRECID, Chiga Light, JST, dan AIA Public Takaful.

CCEF2018 yang telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Profesor Ts. Dr. Wahid Razzaly ini turut menganjurkan seminar-seminar keusahawanan sebagai usaha melahirkan pelajar UTHM yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan. Terdapat empat slot seminar keusahawanan yang dianjurkan melibatkan tajuk “Keusahawanan Suatu Permulaan,” “Online Bisnes,” “Usahawan Gen Y” dan “Peluang Bisnes dalam Kalangan Pelajar.”

Festival ini turut diselitkan dengan aktiviti yang berteraskan gaya hidup sihat iaitu program larian “Night Run” yang melibatkan lebih 550 peserta yang terdiri daripada pelajar, staf dan komuniti setempat. Program yang mendapat sambutan menggalakkan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri Johor, YB Mohd Khuzzan Abu Bakar. Turut diadakan, aktiviti senamrobik dan Explorace yang bertujuan menarik minat pengunjung sekali gus merapatkan lagi hubungan sesama peserta.

 

Categories
Keusahawanan

RELATED ARTICLE