Empat Kumpulan Inovatif dan Kreatif dari Pusat Kesihatan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia iaitu Kumpulan Renaissance, Kumpulan Synergy, Kumpulan Eagle 3 dan Kumpulan CerebroHub meraih pingat emas ketika menyertai Konvensyen Team Excellence Wilayah Pantai Timur 2018 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 04 hingga 05 Julai lalu bertempat di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang.

Empat kumpulan tersebut yang di ketuai oleh Fasilitator, Dr. Zulkifli Taat meraih anugerah emas bagi projek-projek yang dijalankan iaitu Kiddy Comfy daripada Kumpulan Renaissance, Otorigator daripada Kumpulan Synergy, Combo Exs Unit daripada Kumpulan Eagle 3 dan Smart Lifter dari Kumpulan CerebroHub. Anugerah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah, Perbadanan Produktivi Malaysia (MPC), Haji Abdul Rahim Yusof.

Untuk rekod, konvensyen ini diadakan bertujuan bagi membolehkan peserta mempersembahkan projek menggunakan alat-alat serta teknik bersesuaian untuk dinilai oleh panel penilai disamping meningkatkan kerjasama dan memupuk kepimpinan di dalam organisasi khususnya di tempat kerja masing-masing.  Selain itu, penganjuran konvensyen ini juga bagi memberi pengiktirafan terhadap usaha-usaha cemerlang melalui penglibatan staf dalam Team Excellence.