Festival Tari Teknologi Asia 2018 kongsi keunikan seni tari dua negara

Bagi menghayati dan mendalami keunikan seni tari warisan budaya, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Festival Tari Teknologi Asia 2018 pada 27...
resize 2 IMG_2819

Bagi menghayati dan mendalami keunikan seni tari warisan budaya, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Festival Tari Teknologi Asia 2018 pada 27 hingga 30 April lalu bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail, kampus induk.

Menurut Pengarah Program, Rosdi Abdullah penganjuran  festival tari yang berlangsung selama empat hari ini bertujuan untuk menyatukan rumpun Asia dalam satu acara festival kebudayaan yang berbentuk persembahan tarian dan bengkel tarian, kerana misi festival ini adalah untuk berkongsi pandangan dan bertukar idea serta kebudayaan negara Asia serantau.

Festival Tari Teknologi Asia 2018 ini telah disertai oleh kumpulan peserta daripada Indonesia melibatkan Ayu Permata Dance Company, Yogjakarta, Institut Seni Indonesia (Dope Dance Crew & IPH Dance Crew) dari Padang Panjang dan Institut Seni Budaya Indonesia, Aceh. Manakala UTHM pula diwakili oleh kumpulan PRLX Crew, Gematari dan Kelab Warisan yang datangnya dari kampus induk, Parit Raja dan Kampus Pagoh.

Festival Tari Teknologi Asia 2018 ini telah disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Madya Dr. Asri Selamat yang berlangsung pada 28 April lalu. Festival yang berlangsung selama empat hari ini memberi peluang kepada peserta kedua-dua negara mengikuti dua bengkel tarian iaitu Bengkel Tarian Zapin Pekajang yang dikendalikan oleh wakil pegawai daripada Yayasan Warisan Johor, Hamidah Ibrahim bersama Zurawaty Husin dan Anuar Hj. Md Salleh.

Manakala bengkel tari yang kedua pula diadakan bertujuan untuk bertukar pendapat dan fikiran mengenai tarian yang akan dipersembahkan pada malam persembahan, melibatkan bengkel  ‘Tari Rampak Galambuak’ daripada Institut Seni Indonesia Padang Panjang, diikuti dengan bengkel karya “Kami Bu-Ta” daripada Ayu Permata Dance Company, Yogjakarta dan seterusnya bengkel tarian tradisi Aceh iaitu ‘Monocrome’ oleh Fitra Airiansyah dari Institut Seni Budaya Indonesia, Aceh. Manakala kemuncak Festival Tari Teknologi Asia 2018 pula menyaksikan persembahan penuh meriah daripada 11 kumpulan peserta dengan tema dan kareografi tari yang sangat unik dan menarik.

Profesor Madya Dr. Asri dalam ucapannya berkata penganjuran festival tari seumpama ini telah menyemarakkan lagi semangat warisan budaya dalam kalangan masyarakat sekali gus memberi impak positif kepada negara selain dapat menjalin hubungan baik dengan negara luar yang terlibat.

“Secara keseluruhannya, misi dan visi festival ini berjaya dicapai yang mana peserta Malaysia telah mendapat pendedahan mengenai kebudayaan negara lain, begitu juga dengan peserta dari luar negara yang membawa pulang ilmu kebudayaan dan tarian Malaysia khususnya Zapin Johor,” tambahnya lagi.

 

Categories
Kesenian dan Kebudayaan

RELATED ARTICLE