Pelajar Teknologi Kejuruteraan Kimia UTHM terokai industri farmaseutikal

Pagoh – Bagi memenuhi keperluan penglibatan industri dalam program akademik universiti, Jabatan Teknologi Kejuruteraan Kimia (JTKK), Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) telah mengambil inisiatif...
Industrial talk FTK

Pagoh – Bagi memenuhi keperluan penglibatan industri dalam program akademik universiti, Jabatan Teknologi Kejuruteraan Kimia (JTKK), Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) telah mengambil inisiatif dengan menganjurkan satu program bertajuk ‘Industrial Talk-Leo Pharma Denmark’ pada 25 Februari lalu.

Program ini melibatkan penyertaan 130 peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar dari Kursus Teknologi Kejuruteraan Kimia (BNN).

Objektif utama program ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan industri secara mendalam kepada pelajar BNN khususnya berkaitan industri farmaseutikal dari Denmark. Selain itu, program ini juga bertujuan mewujudkan satu peluang kerjasama antara industri luar negara dengan UTHM kampus Pagoh khususnya dalam melebarkan jaringan kenalan industri dari luar negara.

Bagi memenuhi objektif tersebut, Jabatan Teknologi Kejuruteraan Kimia telah menjemput seorang penceramah indusri dari Leo Pharma Denmark, Dr Hans-Christian Holten Lützhøft, untuk menyampaikan ceramah berkaitan penaksiran risiko bagi farmaseutikal produk. Melalui perkongsian tersebut, Dr. Hans turut mempamerkan kemahirannya dari segi analisis kimia.

Penganjuran program seumpama ini dapat memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai industri farmaseutikal di luar negara selain memberi peluang kepada mereka untuk merancang penglibatan masing-masing dalam industri selepas bergraduasi. Oleh itu, anjakan paradigma dalam diri setiap pelajar dapat dipertingkatkan dalam menempuh alam pekerjaan.

Categories
Akademik

RELATED ARTICLE