Pagoh – Seramai tujuh  tujuh pensyarah,12 pelajar siswazah dan pasca siswazah dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berpeluang menyertai Program Mobiliti Outbound dan Penandaarasan ke Seoul, Korea Selatan yang diadakan pada 27 Januari sehingga 2 Februari 2018 lalu.

Menerusi penjenamaan “Mobility and benchmarking to universities in Seoul” dengan tagline “FTK invasion, seize Seoul, innovate technology” antara satu matlamat program ke Seoul, di samping melaksanakan penandaarasan untuk tujuan penambahbaikan kualiti secara berterusan di peringkat sarjana muda dan pasca siswazah berserta asimilasi dengan budaya pembelajaran atau penyelidikan di UTHM.

Selaras dengan maksud “Soaring Upward” iaitu peningkatan berterusan yang diperkenalkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh sebagai sumber inspirasi dan motivasi semasa membentangkan cadangan dan hasil penyelidikan masing-masing di Hanyang Universiti dan Yonsei Universiti. Di universiti tersebut, peserta mobiliti didedahkan dengan pelbagai teknologi terkini termasuk 3D printer yang diletakkan di perpustakaan universiti untuk kegunaan pelajar.

Manakala semasa di Nami Island pula, peserta mobiliti menemui idea-idea penyelidikan baharu berkaitan dengan teknologi hijau yang mana idea ini tercetus apabila menemui produk yang berkaitan dengan “Green Technology” semasa berkunjung di Namdaemun Market dan Myeong-dong Street.

Seperkara yang mencetuskan rasa kagum dalam kalangan peserta mobiliti ialah penggunaan kad T-Money yang fungsinya sama dengan kad Touch n Go di Malaysia tetapi mempunyai kelainan tersendiri apabila boleh digunakan untuk membeli barang makanan di kedai-kedai serbaneka seperti 7 ElevenG25 mart dan Lotte market.

Ketua program, Profesor Madya Dr. Chan Chee Ming pula menyatakan mereka benar-benar mengamalkan “Soaring Upward” dalam memastikan survival hidup di Korea Selatan.

”Dengan harga makanan yang agak mahal berbanding di Malaysia, kami bekerja dalam kumpulan untuk menyediakan makanan dan merancang menggunakan kenderaan awam sebagai pengangkutan utama kami semasa berada di sana selain banyak berjalan kaki.”

”Dengan semangat Soaring Upwards yang ada kami tidak boleh mengalah sebaliknya terus berusaha untuk meningkatkan kemahiran insaniah pelajar, khususnya dari segi kemahiran komunikasi dan semangat kerjasama antara rakan-rakan dari UTHM, Hanyang Universiti dan Yonsei Universiti dalam pembangunan ahli professional berminda global,” tambahnya lagi.