#KamiUTHM suntik DNA kecemerlangan UTHM

BATU PAHAT: Pejabat Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Perhubungan Korporat) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai oleh Prof Madya Dr Afandi Ahmad berusaha membawa dimensi baharu...
Ini merupakan modul Zero Draft Resume yg dijalankan oleh Prof Madya Afandi Penolong Naib Canselor - Foto AWANI Rangers UTHM
Ini merupakan modul Zero Draft Resume yg dijalankan oleh Prof Madya Afandi Penolong Naib Canselor - Foto AWANI Rangers UTHM

BATU PAHAT: Pejabat Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik & Perhubungan Korporat) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang diketuai oleh Prof Madya Dr Afandi Ahmad berusaha membawa dimensi baharu berkaitan perancangan strategik dan jenama universiti di UTHM.

Antara tindakan strategik yang diambil ialah dengan membentuk komuniti media baharu yang dikenali sebagai #KamiUTHM, seiring DNA kecemerlangan UTHM sebagai platform untuk melatih pelajar berfikir dan merancang secara strategik yang akhirnya akan berupaya melahirkan lebih ramai pelajar berprestasi tinggi dengan jenama UTHM.

Usaha berkaitan penjenamaan universiti adalah suatu usaha yang berterusan serta memerlukan kerjasama semua pihak.

Justeru, menerusi Komuniti Facebook KamiUTHM, pelbagai insiatif diambil dengan menjadikan komuniti tersebut sebagai wadah untuk membolehkan sesi coaching dilakukan serta mewujudkan komuniti yang sentiasa menyebarkan aura positif.

Dalam pada itu, pelbagai modul telah dijalankan dan akan terus dipergiatkan untuk meningkatkan daya fikir para pelajar misalnya dengan sesi coaching berkaitan pengurusan masa jam belajar pelajar (JBP), Zero Draft Resume, Personal Branding, Daya Tahan dalam Projek Sarjana Muda (PSM), Pengurusan Penyelidikan, Penyediaan Slaid Pembentangan dan pelbagai modul lain yang diketengahkan bukan hanya untuk pelajar prasiswah malah turut membabitkan pelajar pascasiswazah.

Kerangka KamiUTHM ini telah dilancarkan oleh Naib Canselor, Profesor Dr Wahid Razally, pada sesi Amanat Naib Canselor 2018 lalu yang membawa bertepatan dengan tema amanat, iaitu Transformasi Insan dan Ilmu.

‘KAMI’ merupakan akronim mewakili naratif DNA Kecemerlangan UTHM iaitu K- Rendah Karbon, A – Kampus Amal, M – Menepati Masa dan I- Budaya Ilmu adalah iltizam untuk menjadikan UTHM dan seluruh warganya terus cemerlang.

KamiUTHM juga didasari prinsip ‘to learn and improve‘ serta ‘giving is the communication‘.

“Memberi bukan kerana pangkat dan nama, akan tetapi kita terus memberi kerana kita terlalu banyak menerima.

“Ahli komuniti KamiUTHM berpeluang menimba pelbagai ilmu untuk melengkapkan diri dengan cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan diharapkan setelah berjaya kelak ke mana sahaja membawa jenama UTHM,” ujar beliau.

Sistem sokongan KamiUTHM juga diharapkan dapat memberi pengalaman pembelajaran yang cemerlang dan kelak mereka itu akan kembali semula ke kampus untuk memberi.

Platform sebegini dikembangkan secara lebih meluas kepada komuniti di UTHM dalam mewujudkan dan menyebarkan pengetahuan bagi memenuhi keperluan industri dan komuniti serta menyuburkan modal insan yang kreatif dan berinovasi.


* Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Mohd Zulfadli Rozali dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Suntingan oleh Suriayati Baharom.

** AWANI Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkogsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

*** AWANI Rangers UTHM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Sumber : #KamiUTHM suntik DNA kecemerlangan UTHM

Categories
Berita Umum

RELATED ARTICLE