Diterbitkan pada: Mac 14, 2018 12:24 (MYT) | Durasi: 1 min, 18 saat

Bagi memberi peluang kepada pelajar menambah wang saku, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program Bazaar Vaganza dua minggu sekali di perkarangan fakulti. Bazaar Vaganza yang diadakan pada setiap Rabu bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang membawa lebih banyak keistimewaan dan keunikan berbanding tahun-tahun lepas. Kepelbagaian pilihan makanan dan minuman disamping pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti karaoke dan sesi ramah mesra mampu menarik minat pelajar dan staf untuk berkunjung ke bazaar ini.

Laporan disediakan AWANI Rangers UTHM, Titi Aryani Togio, suntingan Suriayati Baharom.