UTHM bantu MRSM Johor Bahru bangunkan sistem pendaftaran pelajar secara online

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Pengajian Diploma (PPD) melebarkan aktiviti program khidmat masyarakatnya (Corporate Social responsibility-CSR) dengan membantu Maktab  Rendah Sains MARA Johor Bahru membangunkan sistem pengurusan pendaftaran...
Menetapkan sistem pada komputer riba
Menetapkan sistem pada komputer riba

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Pengajian Diploma (PPD) melebarkan aktiviti program khidmat masyarakatnya (Corporate Social responsibility-CSR) dengan membantu Maktab  Rendah Sains MARA Johor Bahru membangunkan sistem pengurusan pendaftaran pelajar secara online bagi mempercepatkan proses pendaftaran kemasukan pelajar baharu di sekolah berkenaan.

Bagi merealisasikan bentuk bantuan ini staf PPD iaitu Mohamad Md. Som, Haji Mohd Hamim Sanusi @ Ikhsan, Azmi Sidek dan Azli Yusop telah terlibat dalam memberi khidmat nasihat, kepakaran dan bimbingan kepada pihak pengurusan MRSM.

Menurut Musa Muhammad Ali, Timbalan Pengetua Pembangunan Pelajar MRSM Johor Bahru sebelum ini pihak kami menggunakan kaedah manual bagi proses pendaftaran pelajar baharu yang mana prosesnya mengambil masa yang lama untuk melengkapkan kitaran kaunter.

“Setakat ini belum ada sistem berkomputer yang dibangunkan untuk mengurus pendaftaran secara sistematik dan pantas. Semasa proses pendaftaran berlangsung, pelajar perlu melalui 10 kaunter berlainan mengikut turutan dan berakhir dengan pendaftaran ke asrama.”

“Setiap semakan, pengesahan dan rekod dibuat secara manual pada setiap kaunter. Terdapat lima kaunter yang berbeza untuk pembayaran manakala resit bayaran hanya akan dikeluarkan pada kaunter terakhir selepas semakan dan proses ini pastinya mengambil masa yang lama,” tambahnya lagi.

Justeru itu, UTHM mengambil inisiatif dengan memperkenalkan sistem pengurusan pendaftaran pelajar secara online bagi mengatasi masalah yang biasa berlaku ketika sesi pendaftaran pelajar yang dilaksanakan secara manual sebelum ini. Sistem ini terbukti mampu meningkatkan produktiviti, menjimatkan masa, mudah digunakan dan memberikan ketepatan dalam merekod maklumat sekali gus dapat membantu meningkatkan kecekapan pengurusan sistem pendaftaran institusi tersebut. Sistem yang dibangunkan ini juga sesuai dan boleh digunapakai oleh MRSM serta Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang lain kerana ianya bercirikan mesra pengguna.

“Dengan kepakaran dan pengalaman yang ada, pihak kami berperanan membantu memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehinggalah sistem ini boleh digunakan sepenuhnya oleh pihak MRSM Johor Bahru,” kata Mohamad.

Penggunaan sistem melancarkan lagi sesi pendaftaran

Penggunaan sistem melancarkan lagi sesi pendaftaran

Kaunter yang beroperasi menggunakan sistem pendaftaran pelajar berkomputer

Kaunter yang beroperasi menggunakan sistem pendaftaran pelajar berkomputer

Categories
AkademikICTSosial , Kebajikan dan Masyarakat

RELATED ARTICLE