Dua pelajar FPTV sertai Mobiliti Berkredit Outbound Koreatech Winter School di Korea Selatan

Dua pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah terpilih menyertai Program Mobiliti Berkredit Outbound Koreatech Winter School yang diadakan di Korea University...
culture

Dua pelajar Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah terpilih menyertai Program Mobiliti Berkredit Outbound Koreatech Winter School yang diadakan di Korea University of Technology and Education (Koreatech), Korea Selatan pada 17 Januari hingga 7 Februari 2018.

Pelajar terbabit iaitu Nur Fathihah Ramli dan Mariam Izati Mohamad Ikram dijemput mengikuti program tersebut untuk meningkatkan profesionalisme mereka dalam bidang teknologi Korea di samping menimba pengalaman tentang bahasa dan kebudayaan Korea serta memperluaskan lagi hubungan antarabangsa. Manakala FPTV pula mengambil peluang ini untuk meningkatkan lagi QS Rating fakulti khasnya dan universiti amnya.

Program mobiliti yang berlangsung selama tiga minggu itu diisi dengan Kursus 3D Modeling and 3D Printing, Kursus Kebudayaan dan Bahasa Korea serta Kursus Taekwondo, manakala para pesertanya juga dituntut untuk menduduki peperiksaan pertengahan dan akhir semester untuk melayakkan mereka mendapat sijil. Menariknya para peserta turut dibawa melawat ke industri untuk mempelajari teknologi Korea dan menyaksikan sendiri proses pembuatan di kilang tempatan seperti Dadam Creative Factory.

Pada masa yang sama mereka juga berpeluang mempelajari tentang kebudayaan, bahasa dan kehidupan harian di Korea bukan sahaja di dalam bilik kuliah malah melalui lawatan ke lapangan pada hujung minggu. Turut diadakan aktiviti tambahan seperti acara memancing di tasik di Yangpyeong, lawatan ke Istana Gyeongbuk dan sekitar Seoul untuk menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman para peserta.

FPTV berharap program mobiliti dengan kerjasama Pejabat Antarabangsa UTHM seperti ini dapat memberi manfaat kepada dua pelajar tersebut yang bakal dilantik sebagai student buddy sekembalinya mereka ke UTHM, sekali gus dapat membantu peserta mobiliti inbound pada masa hadapan. Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi di Koreatech diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada pelajar-pelajar ini untuk lebih berdaya saing dan bertaraf global player.

arrival-incheon IMG-20180119-WA00051

Categories
AntarabangsaPendidikan Teknikal Vokasional

RELATED ARTICLE