101 pelajar Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah UTHM berdaftar dengan The Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM)

Seramai 101 pelajar Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berdaftar dengan The Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM)....
101 pelajar Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah UTHM berdaftar dengan The Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM)
101 pelajar Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah UTHM berdaftar dengan The Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM)

Seramai 101 pelajar Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berdaftar dengan The Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM).

Satu majlis penyerahan borang keahlian telah diadakan di Bangunan Jurukur, Petaling Jaya pada 22hb. Disember lalu. Hadir sama ke sesi penyerahan tersebut mewakili RISM Sr Choy Yue Kwong, Chairman Property Management & Valuation Services Division (PMVS); Sr Tangga Peragasam, Former President of RISM; Ms Katherine Thiang, Chief Operating Officer dan Sr Dr Yasmin, Education Division.

Manakala UTHM pula diwakili Profesor Sr. Dr. Wan Zahari Wan Yusoff, Profesor dalam bidang Harta Tanah; Muhammad Hamdi, Presiden Kelab Realtors; Muhammad Shahril dan Clady Chempin yang juga merupakan pelajar Pengurusan Harta tanah, UTHM.

Dalam sesi perbincangan bersama RISM, Sr Choy Yue Kwong yang juga Pengerusi Rahim & Co Petaling Jaya, beliau menyatakan kesediaan untuk menerima pelajar Pengurusan Harta Tanah, UTHM untuk menjalani latihan industri serta turut akan menerima pelajar semasa cuti semester. Untuk rekod, Rahim & Co International adalah sebuah syarikat Perunding harta tanah terkenal tanahair yang mempunyai cawangan seluruh negara dan juga di luar negara.

Sementara itu, Sr Tangga Peragasam yang juga Pengarah Urusan Jordan Lee & Jaafar, International, turut menyatakan kesediaan untuk menerima pelajar harta tanah UTHM untuk menimba pengalaman dengan mengadakan latihan industri di cawangannya seluruh negara. Menurut beliau, pendaftaran pelajar dengan badan profesional adalah satu tindakan bijak bagi memberi pendedahan seawal mungkin kepada pelajar serta memberi arah tuju yang jelas dalam melahir graduan yang profesional dalam bidang harta tanah.

RISM adalah sebuah badan profesional yang bertindak mempromosi empat bidang profesional iaitu Property Management, Valuation Services & Estet Agency (PMVS); Quantity Surveying; Geomatic & Land Surveying dan Building Surveying.

Delegasi UTHM turut mengadakan lawatan dan perbincangan ke The Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents (BOVAEA) di Wisma UOA Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. BOVAEA dan RISM adalah dua badan profesional yang mengawal selia dan mempromosi profesion harta tanah di Malaysia.

Categories
AkademikHubungan IndustriPengurusan Teknologi Perniagaan

RELATED ARTICLE