UTHM raih anugerah Emas 3-bintang dan anugerah Fasilitator Cemerlang di APIC 2017

Kumpulan Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu RENAISSANCE dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Q-PPD dari Pusat Pengajian Diploma (PPD) telah merangkul Anugerah...
kik 2

Kumpulan Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu RENAISSANCE dari Pusat Kesihatan Universiti (PKU) dan Q-PPD dari Pusat Pengajian Diploma (PPD) telah merangkul Anugerah Emas tiga-Bintangdi dalam Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition 2017 (APIC 2017) menerusi Konvensyen Team Excellence Kebangsaan 2017 anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 14 hingga 16 November 2017 di Genting Highland.

Manakala Dr. Zulkifli Taat, Fasilitator RENAISSANCE dan Tuan Haji Suhaimi Makminin, Fasilitator Q-PPD pula turut menerima Anugerah Fasilitator Cemerlang dalam kategori ICC.

Majlis penutup dan penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 16 November 2017 di Grand Ballroom, Genting International Convention Centre (GICC).

Kumpulan RENAISSANCE dari PKU dianggotai oleh Dr. Zulkifli Taat (Fasilitator), Puan Faizah Masnin (Ketua), Puan Hartini Shafii, Puan Sharifah Shahirah Syed Abdul Aziz, Puan Faridah Atan, Puan Juli Nazira Panior, Puan Zaharah Reduan dan Puan Nor Saleha Md Ali telah membentangkan projek bertajuk “Pengambilan Darah Mengambil Masa Yang Lama” manakala Kumpulan Q-PPD dari Pusat Pengajian Diploma pula dianggotai oleh Tuan Hj. Shuhaimi Makminin (Fasilitator), Puan Rafizah Mohd Hanifa (Ketua), Puan Rusnani Saji, Cik Rosni Ramle, Dr. Muhammad Sufi Roslan, Encik Mohd Musaffar Zahar dan Encik Misbahul Muneer Abd Rahman telah membentangkan projek bertajuk “Kelewatan Memasukkan Markah Latihan Industri Pelajar”.

Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition adalah program tahunan anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan pada tahun ini melibatkan dua kategori Konvensyen Team Excellence iaitu Innovative & Creative Circle (ICC) dan Quality Environment (QE/5S) dengan tema “FROM IDEAS TO REALITY”.  Ianya mempertandingkan projek-projek di dalam enam kategori iaitu Sektor Awam Negeri, Sektor Awam Persekutuan, Sektor Elektrik & Elektronik, Sektor Perkilangan, Sektor Perkhidmatan dan QE/5S. Seramai 1978 orang peserta daripada 286 kumpulan (Sektor Awam dan Swasta) dari seluruh Malaysia telah menyertai konvensyen ini.

Kumpulan yang menunjukkan prestasi terbaik di dalam konvensyen ini akan dijemput untuk menyertai konvensyen peringkat antarabangsa pada tahun 2018 iaitu International Convention on Quality Control Circle 2018 (ICQCC 2018) dan International Exposition on Team Excellence 2018 (IETEX 2018) bertempat di Singapura serta International Quality and Productivity Convention 2018 (IQPC 2018) bertempat di Indonesia.

kik 2

kik 1

Categories
Anugerah, Pencapaian dan PengiktirafanPenyelidikan dan Inovasi

RELATED ARTICLE