UTHM bentuk gabungan juara Tarik Tali Sukan Rakyat

KEMPAS: Gabungan ahli pasukan Tarik Tali Paragas yang terdiri daripada peserta dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Jabatan Pengairan dan Saliran...
Satu pasukan dibentuk untuk menjalankan latihan fizikal dan mental yang datang daripada pelbagai latar belakang bidang kerjaya - Foto AWANI Rangers UTHM

KEMPAS: Gabungan ahli pasukan Tarik Tali Paragas yang terdiri daripada peserta dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Batu Pahat dan  wakil dari Borneo membuahkan hasil apabila mereka menjuarai pertandingan Tarik Tali sempena penganjuran Fiesta Sukan Rakyat Parlimen Pulai yang berlangsung semalam.

Pasukan Paragas telah membawa pulang wang tunai RM1,300 bersama pingat dan juga sijil penyertaan.

Fiesta Sukan Rakyat Parlimen Pulai yang telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Nur Jazlan Mohamed itu telah menarik penyertaan 12 pasukan tarik tali dari seluruh negeri Johor.

Fiesta Sukan Rakyat yang berlangsung di Stadium Hospital Permai Kempas, Johor Bharu ini merupakan program anjuran Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ahli Parlimen Pulai bersama Majlis Bandaraya Johor Bahru, Sinar Harian dan juga Kelab Sahabat Generasi Dinamik Malaysia.

Untuk rekod, Pasukan Paragas telah menjadikan UTHM sebagai pusat latihan mereka sejak 2014 lagi.

Menurut ketua pasukan Maslan Ahmad, ahli pasukan yang terdiri daripada staff sokongan UTHM, Polis berpangkat koperal, pembantu awam JPS sama sekali tidak menjangka gabungan pasukan itu mampu menjuarai pertandingan tersebut.

“Pasukan kami sudah menjalankan latihan intensif sejak seminggu yang lalu di UTHM, penyertaan ke pertandingan ini adalah sebagai persiapan awal bagi menyertai Pertandingan Tarik Tali Terbuka Sri Menanti yang akan berlangsung pada 14 dan 15 Januari depan.

“Jadi di UTHM kami membentuk satu pasukan dan menjalankan latihan fizikal dan mental pada setiap petang walaupun kami semua datang daripada pelbagai latar belakang bidang kerjaya,” katanya.

Tambah beliau lagi, selain daripada membina kecergasan tubuh badan ahli pasukan dapat membina ukhwah dan perpaduan di antara mereka.

Usaha pelbagai pihak untuk mewujudkan semangat perpaduan melalui sukan rakyat seumpama ini wajar diberi perhatian dan sokongan dalam usaha menyemarakkan suasana masyarakat yang lebih harmoni.

___________________________________________________________________________________

*Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers, Mohd Zulfadli Rozali dan Norman Khalis Ahmad Fara  dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) disunting oleh Suriayati Baharom.

**Awani Rangers ialah inisiatif Astro Awani bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

**Awani Rangers UTHM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

 

sumber : UTHM bentuk gabungan juara Tarik Tali Sukan Rakyat

Categories
Sukan

RELATED ARTICLE

  • Carilah ubat dalam senaman

    Sebut sahaja ubat pasti ramai terbayangkan kapsul, pil dan doktor. Hanya segelintir dalam kalangan kita yang melihat senaman sebagai fungsi ubat yang mampu mengubati penyakit.  Senaman adalah satu bentuk...
  • PSU UTHM terus memperkasa legasi sukan

                Legasi memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesinambungan pasukan dan kejayaan sukan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus berkembang. Ianya boleh terhasil melalui pelbagai cara dengan...
  • Dua atlet UTHM raih ‘Pesilat Terbaik’ Putra Putri

    BATU PAHAT – Dua atlet Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu Putra Syaid Hidayatullah Ramli berjaya meraih Pesilat Terbaik Putra Kategori institut pengajian tinggi (IPT) Tempatan dan Nur...
  • PSU pelihara sukan tradisi, anjur Kejohanan Sepak Takraw

    BATU PAHAT- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Sukan Universiti (PSU) sekali lagi menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Malaysian Technical University (MTUN) & ASEAN 2019 pada 3...