Program ‘Free Market’ bantu 300 murid asnaf, yatim piatu dan ibu tunggal ambil barang percuma

10 Disember 2017,  Batu Pahat – Seramai 21 orang pelajar tahun satu kursus kokurikulum UQL 10601, Pengurusan Acara dan Majlis daripada Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein...
free market 5

10 Disember 2017,  Batu Pahat – Seramai 21 orang pelajar tahun satu kursus kokurikulum UQL 10601, Pengurusan Acara dan Majlis daripada Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah turun padang menganjurkan aktiviti amal “FREE MARKET” yang bertempat di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Bukit Kuari (SKBK), Parit Raja, Batu Pahat.

Program berkonsepkan pemberian barangan secara percuma kepada kira-kira 300 orang golongan kurang bernasib baik seperti murid asnaf,yatim piatu dan ibu tunggal ini telah diadakan selama dua hari yang mana hari pertama adalah hari untuk melakukan tugas-tugas pengasingan dan menyusun barang hasil sumbangan daripada orang ramai. Manakala pada hari kedua pula merupakan hari yang dibuka kepada orang ramai untuk mengambil barangan keperluan hasil sumbangan secara percuma.

Program ini diadakan bertujuan untuk meringankan beban murid miskin dan keluarga yang berpendapatan rendah dengan menyediakan kelengkapan yang diperlukan bagi menyambut sesi persekolahan 2018 tidak lama lagi.

Selain itu, program ini juga adalah sebagai salah satu aktiviti University Community Engagement (UCE) dalam kursus kokurikulum yang perlu diterapkan dalam kalangan mahasiswa dalam usaha untuk menerapkan elemen kepimpinan, khidmat masyarakat, komunikasi, sahsiah diri dan nilai murni.

Golongan sasaran yang terlibat adalah terdiri daripada masyarakat setempat yang memerlukan seperti  golongan ibu tunggal, anak yatim dan golongan asnaf.

Mereka yang terlibat dalam menjayakan aktiviti amal ini terdiri daripada pelajar UTHM pelbagai kaum dan latar belakang.

Keringat dan kejayaan acara amal ini bukanlah hanya terletak pada usaha pelajar semata-semata sebaliknya kejayaan ini adalah hasil gabungan kerjasama yang padu dari pertubuhan bukan kerajaan iaitu Cakna Untuk Insan Terbilang Malaysia (C.U.I.T MALAYSIA) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SKBK yang juga menghulurkan bantuan dalam bentuk pengurusan seperti hebahan dan promosi, pengagihan barang-barang serta dana dan sumbangan.

Puan Anim Zalina Azizan selaku pensyarah kursus ini adalah merupakan individu yang telah memberi galakan moral yang padu kepada para pelajar agar sentiasa menyiapkan diri dari segi fizikal dan mental serta bangkit semula apabila berasa berputus asa dalam sesuatu perkara sepanjang persiapan melaksanakan program.

Turut diadakan, Majlis perasmian penutup program FREE MARKET yang dihadiri Tuan Haji Musa Mohammad, mantan guru besar Sekolah Kebangsaan Bukit Kuari; Encik Mohammad Noorizzuddin  Nooh, presiden C.U.I.T Malaysia; Puan Normawati Kamaruddin, Guru Penolong Kanan 1 (Pentadbiran); Saudara Danial Tan selaku Pengarah Program dan juga Puan Anim Zalina Azizan selaku pensyarah kursus.

Aktiviti amal seperti ini diharapkan dapat diteruskan lagi dari masa ke semasa dengan objektif dan sasaran yang lebih besar dan menyeluruh.

free market 4 free market 5  free-market-1

Categories
Berita UmumSosial , Kebajikan dan Masyarakat

RELATED ARTICLE