Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan UTHM 2015/2016

Pusat Sukan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan UTHM yang berlangsung dengan penuh gemilang pada 27 November lalu bertempat di Dewan Tunku Mahkota...
anugerah sukan

Pusat Sukan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan UTHM yang berlangsung dengan penuh gemilang pada 27 November lalu bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM.

Majlis yang telah disempurnakan oleh Naib Canselor, Profesor Dr. Wahid Razally ini merupakan sebuah pengiktirafan dan penganugerahan buat atlet sukan, pengurus pasukan, jurulatih dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembangunan sukan UTHM.

Turut hadir ke majlis ini SAC Dato’ Hj. Azman Ayub, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor yang merupakan penaja bagi Pasukan Mendayung UTHM. Kemeriahan majlis diserikan lagi dengan persembahan violin daripada Aqmal Daniel, Juara Superstar Astro Ceria.

Pusat Sukan komited dalam menganjurkan majlis seumpama ini agar dapat menjadi pendorong kepada para atlit untuk mencapai tahap prestasi yang lebih cemerlang dan gemilang di masa akan datang. Sekalung penghargaan dan tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Senarai Penerima Anugerah 2015

BIL ANUGERAH PEMENANG SUKAN
1. Olahragawan Mohd Zulfadli bin Rozali Mendayung
2. Olahragawati Fatin Syahirah binti Mohamed Yatim Mendayung
3. Bintang Harapan Lelaki Muhammad Faridz bin Mohd Rodzi Tenpin Boling
4. Bintang Harapan Wanita Syarifah binti Che Mahadi Mendayung
5. Pasukan Lelaki Terbaik Pasukan Mendayung Mendayung
6. Pasukan Wanita Terbaik Pasukan Mendayung Mendayung
7. Program Sukan Terbaik Kejohanan Sepak Takraw Jemputan ASEAN Sepak Takraw
8. Pengurus Pasukan Lelaki Terbaik Pasukan Mendayung Mendayung
9. Pengurus Pasukan Wanita Terbaik Pasukan Mendayung Mendayung
10. Jurulatih Pasukan Lelaki Terbaik Muhammad Nur Afiq bin Johari Mendayung
11. Jurulatih Pasukan Wanita Terbaik Mesafizam bin Mesri Sofbol
12. 

 

 

 

 

 

 

 

Anugerah Khas Pusat Sukan 

 

 

 

 

 

 

 

Jack Tan Yee Jack Bola Keranjang
Lokman Hakin bin Jamil PTM
Anis Eddy Fazwan bin Abd Salim Kayak
Nur Farhanim binti Harun Kayak
Siti Afifah binti Abdul Rahman Kayak
Abdul Hadi bin Zainal Sepak Takraw
Ahmad Syakir bin Mohamad Jamil Kayak
Haslinda binti Abdul Shukor Bola Jaring
Muhammad Ashraf bin Amir Mendayung
Siti Fatimah binti Onthong Sofbol
Muhammad Safwan Hakim bin Mahadzer Futsal
Muhammad Faiz bin Rahim Kayak

Senarai Penerima Anugerah 2016

BIL ANUGERAH PEMENANG SUKAN
1. Olahragawan Mohd Zulfadli bin Rozali Mendayung
2. Olahragawati Nurul Hamira Yusma binti Mohd Yusri Futsal
3. Bintang Harapan Lelaki Khairul Amirul Azim bin Abdullah Bola Baling
4. Bintang Harapan Wanita Tan Hui Ling Karate-Do
5. Pasukan Lelaki Terbaik Pasukan Mendayung Mendayung
6. Pasukan Wanita Terbaik Pasukan Futsal Futsal
7. Program Sukan Terbaik Kejohanan Ragbi Combat 10 Ragbi
8. Pengurus Pasukan Lelaki Terbaik Adam Afiq bin Azlan Tan Bola Baling
9. Pengurus Pasukan Wanita Terbaik Faridah Zahirah binti Ismail Mendayung
10. Jurulatih Pasukan Lelaki Terbaik Muhammad Nur Afiq bin Johari Mendayung
11. Jurulatih Pasukan Wanita Terbaik Osman bin Abdul Rahman Futsal
12. Anugerah Khas Pusat Sukan SAC Dato’ Hj. Azman bin Ayub Penaja Pasukan Mendayung
Jegatiswaran A/L M. Supramaniam Karate-Do
Mohd Haikal Asyraf bin Norazmi Sofbol
Nur Sharina Husna binti Esa Catur
Muhammad Faridz bin Mohd Rodzi Tenpin Boling
Muhammad Hariz bin Mohd Sharif Mendayung
Nurizzati Raihan binti Azman Sofbol
Sarimatul Aziera binti Mohd Azmi Mendayung
Kamarudin bin Yaakub Pencak Silat
Muhammad Ridzuan Aiman bin Roslan Sukarelawan
Yuslizar bin Kamaruddin PPH

anugerah sukan

 

Categories
Anugerah, Pencapaian dan PengiktirafanSukan

RELATED ARTICLE