UTHM terima sumbangan endowmen RM100,000.00 daripada Projector Solution (Malaysia) Sdn. Bhd.

Batu Pahat – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menerima sumbangan endowmen bernilai RM100,000.00 daripada syarikat Prejector Solution (Malaysia) Sdn. Bhd. dalam satu Majlis Penyerahan Sumbangan Endowmen Laser...

Batu Pahat – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menerima sumbangan endowmen bernilai RM100,000.00 daripada syarikat Prejector Solution (Malaysia) Sdn. Bhd. dalam satu Majlis Penyerahan Sumbangan Endowmen Laser Projektor kepada UTHM yang Dewan Sultan Ibrahim pada 8 Oktober.

Sumbangan berbentuk Benq LU9715 Bluecore Laser Projector bertujuan memberi sokongan kepada pihak universiti dalam pembangunan fasiliti yang lebih canggih dan boleh diguna pakai untuk warga universiti.

Dalam majlis ringkas tersebut, Pengarah Urusan Projector Solution (Malaysia) Sdn. Bhd., Encik Muhamad Farolradzi Ismail menyerahkan mock cek bernilai RM100,000.00 kepada Naib Canselor UTHM, Profesor Dr. Wahid Razzaly sebagai simbolik kerjasama dua pihak.

Menurut Profesor Dr. Wahid, pihak universiti amat berterima kasih dan berbesar hati menerima sumbangan tersebut dan akan memastikan ianya diuruskan dengan baik dan akan dimanfaatkan sebaiknya oleh warga universiti.

Turut hadir ke majlis penyerahan tersebut Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Inovasi), Profesor Dr. Ruzairi Abdul Rahim; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Alumni), Profesor Madya Dr. Asri Selamat; Penolong Naib Canselor (Kelestarian Kewangan), Profesor Madya Dr. Wan Fauziah Wan Yusoff dan Profesor Sr Dr Wan Zahari Wan Yusoff selaku Pengarah Endowmen dan Wakaf UTHM.

 

Categories
Berita UmumHubungan IndustriSosial , Kebajikan dan Masyarakat

RELATED ARTICLE